Isnin, 21 Jun 2010

Resepi kuah kacang

Selamat ke sekolah kembali!!!hehehe..ari ni p keje kereta di jalan tersangat 'ramai' sekali..
Hari tu ada story pasal kuah kacang kan ..hari ini saya sajer nak paste resepinya di sini supaya akan datang kalau biler2 nak buat lagi saya boleh rujuk di blog saya sahaja...sebenarnya jarang sekali saya masak yang berat2 macam ni memandangkan kami berdua sahaja orang dewasa dan anak2 masih kecil dan makannya pun ciputtt je, kalau saya buat mende2 seperti nasi lemak, nasi ayam, mee kari,laksa atau nasi impit segala ianya akan memberi impak yang besar kepada tubuh badan saya juga nanti ...hahaha sudah ler sekarang dah 3G huhuhu...mende2 itu semua akan di buat pada hari ada orang ramai yang hendak memakannya. Hari2 biasa kami makan simple2 je, jangan tak percaya kami boleh makan malam dengan bendi rebus,telur goreng dan ikan bilis goreng sahaja - pada masa umi dia malas tahap gaban...tapi sebenarnya biler makan yg simple2 ni cepat je licin...kalau masak beria2 ada masa tak abis pulak...huhuhuhu [alasan yang bernas]
ok let's go to the point :
Resepi kuah kacang.
Bahan2:
1. Kacang tanah ( utk makan ramai 1200 gm)
2. 6 ulas bawang merah
3. 6 tangkai cili kering
4. 1 batang serai
5. 3 sudu besar udang kering yang ditumbuk
6. sedikit belacan
7. air, gula manisan dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Goreng kacang tanah, kopek kulit dan mesin -pakai pengisar kering dan jangan terlalu hancur kacangnya
2. Kisar bahan 2,3,4
3. Tumis bahan yang telah di kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
4. Masukkan udang kering dan belacan
5. Masukkan kacang dan air secukup rasa, jangan terlalu cair kuahnya
6. Masukkan garam dan gula manisan secukup rasa
7. Masak sehingga naik minyak pada kuah kacang
itu sahaja senang je sebenarnya, time nak goreng dan kopek kulit kacang je yang cerewet banget...hari itu punya kuah kacang diaorg kata sedap la ...huhu kira berjaya jugak la kan kalau dah sedap ...;P [puji jang tak puji]

Tiada ulasan: