Selasa, 1 Disember 2009

Tamatnya waktu bercuti

Selamat hari raya aidiladha,walaupun sudah lewat tapi nak ucap juga..sepanjang bercuti tiada kesempatan utk update blog.
Kami balik kg ari khamis pagi..tahun ini perancangan asalnya beraya di Temerloh sebab hubby dapat cuti raya aji (coz cuti raya puasa dia bekerja)..tapi tiba2 hubby dapat seruan dari mana atau mungkin atas kesedaran diri sendiri, hubby kata kiter beraya di Pekan je dulu thn ni..alasanya "abg sepanjang dah berkahwin ni belum pernah beraya di Pekan (raya pertama le maksudnya)"..jadinya hip hip horeeee le, seawal 5.00 pagi saya bangun tuh, pasal hubby ckp dia suruh siap dia akan cuba balik awal keje dalam pukul 6.00 pagi alih2 dalah 7 lebih pagi baru sampai rumah..gue stress menunggu..
Walaupun nak beraya di Pekan dan MIL ckp tak kisah tapi kena singgah Temerloh jugak..hehehe..hubby nak servis kereta, tido sekejap-ngantuk keje syif malam dan MIL mtk tunggu sampai lemang masak utk di bawa balik ke Pekan.Dalam jam 5 petang juga baru balik ke Pekan. Sampai nya dah maghrib..huhuhu..
Kali ini mak buat rendang ayam, beli ketupat pulut dan rebus ketupat segera je...raya haji di Pekan ni biasanya takde org datang beraya..lepas solat raya geng lelaki je yg akan sibuk ke majlis korban..jadi menu sepanjang bercuti raya adalah daging korban sampai sakit perut jadinya..
Yang paling seronok Ammar ler main dgn sepupu2 sampai tak sedor diri..samapi kena sergah dgn aki baru ler berlumba2 naik atas rumah..kecut..Amir mula2 gayat tgk rumah besar tak tau nak berjalan dah..saya pun lupa nak snap gambar2 raya aji pasal seronok macam2 citer dgn adik beradik...aki pun tak berapa sihat kesan dari tekanan darah rendah,makan pun kurang berselera.
Sabtu petang kami dah balik ke Temerloh..ahadnya ada kenduri kawin...kat Temerloh 1st time makan ikan patin pekasam!sedap giler..Isnin ptg lepas makan tengahari bertolak balik ke Putrajaya sudaa..tak puas rasanya bercuti..rasa teringin sangat nak bercuti panjang2 - 1 minggu di Pekan dan 1 minggu di Temerloh..tapi bolehkah?

Tiada ulasan: