Selasa, 20 Oktober 2009

Berakhir sudah syawal

Saje nak mengomel..hari ini dah 1 zulkaedah tapi opis baru nak buat jamuan raya,kata Ketua Pengarah jamuan jamak takhir raya...apa2 je la janji dapat makan ek..tapi jamuan kali ni tak la semeriah jamuan raya thn2 yg sebelumnya..tak ada lagi gerai yg dibuka oleh wakil negeri2..hanya jamuan di dewan makan sahaja tak terasa seperti jamuan raya, macam jamuan mkn tengahari je maklum la dalam keadaan gawat sekarang ni..:) apa pun syukur la masih ada jamuan dan masih boleh makan.
Masuk minggu ni maknanya minggu ke dua la anak2 saya ke "cekolah"..masih lagi menangis tiap kali hantar.."jangan umi..jangan umi tak nok umi tak nok" (umi nya pun kena buat tak reti je, tabahkan hati)..cuma saya tgk ammar dan amir mula berhingus+batuk sket..tu la salah satu risikkonya bila ramai2 kan..apa yg boleh kami buat bagi makan ubat+minum minyak kelapa dara utk kuatkan antibodi badan...di dalam hati saya cuma risau kalau selsema+batuk berlanjutan nanti takut kena lelah plak,pasal saya kan ada lelah yg serius..harap2 tidak la mewarisi ke anak2.
Saya sebenarnya tak sabar2 nak tunggu jumaat,parent nak datang untuk konvo adik saya di uitm shah alam..ckp dekat ammar aki nak datang tau .."aki nak atang?..tok?tok?" (ingatan kepada aki dan tok sudah semakin bagus)

Tiada ulasan: