Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari Raya

Hari ini last saya bekerja sebelum balik ke kampung..sangat tidak bersemangat rasa hendak bercuti je,badan pun kurang sihat ..sakit tekak dan selsema..cuma mengenangkan ada mesyuarat di EPU sahaja yang saya berfikir2 juga nak bercuti ke tidak..saya belum habis berkemas lagi ni..aduaiii ...
Perancangannya lepas bebuka hari ni kami akan bertolak balik ke Temerloh dulu..bersahur dan berbuka di Temerloh pada hari Jumaat.lepas berbuka baru lah akan bertolak ke Pekan. Tahun ni giliran beraya di Pekan dan hubby tak bercuti raya,dia bekerja lewww..saya akan beraya dgn anak2 sahaja..walau apa pun saya tak sedih sangat, pasal saya ada mak abah dan adik beradik ramai hehehe..tahun ni adik lelaki saya di sarawak sahaja yang tak balik,yang lain semua balik..waaa tak sabar nak jumpa!!!
Dikesempatan yang ada, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua..maafkan lah segala salah silap,halalkan makan minu dan berhati-hati memandu ketika di jalan raya (ingatlah orang yang tersayang)
nyummyyy lama tak makan ketupat..

Tiada ulasan: