Isnin, 28 September 2009

Catatan Raya 2009


Alhamdullilah hari ni kami selamat sampai ke putrajya dalam jam 1.30 ptg..jalan langsung tidak sesak..

Mengimbau semula pengalaman beraya tahun 2009 ni membuatkan hati saya meronta2 nak menulis di blog tentang aku tentang dia dan tentang kita ni..

Sebelum itu, dari petang tadi keletihan perjalanan membuatkan kami sekeluarga tido petang..seingat saya setelah berumahtangga,bekerja dan yg paling utama mempunyai 2 anak kecil membuat kan saya jarang tido pada waktu petang..boleh dikatakan setelah melahirkan anak kedua ni saya tidak lagi tido waktu selepas zohor..hari ni bila saya bangun dari tido petang,rasa seolah2 berada di zaman belajar khususnya semasa di uum..terbayang2 suasana bilik di kolej mas..terbau2 udara petangnya di sana..bila saya mandi bila air mencurah di kepala terasa sepeti sejuknya air di kolej mas,uum..mula la terkenang lepas mandi berduyung2 berjalan bersama gi hanum, ani, fatma, miza, ana, linda dan za (ada lagi tapi ini yg paling setia sehingga habis belajar)..kalau kalian membaca blog ni,MASIHKAH KAU INGAT? ..Nasi kerabu yang popular itu? Kalau la masa boleh diputarkan semula…KALAU! (takde istilah kalau dalam dunia ni)

Berbalik kepada citer asal, kami balik ke kampung mengikut plan yang telah direncanakan..tapi dalam perjalanan pulang kereta kami dilanggar orang dari arah tepi..bergeser hingga melanggar side mirror sebelah kanan,terkulai patah di LPT –lanchang-temerloh.asalnya saya,adik dan anak2 dibelakang tido di belakang bila dgr bunyi kuat terkejut,terjaga dan terus tanya hubby abg langgar apa ni?!!!!org langgar kita ! katanya..nasib baik kereta yang melanggar tu ke tepi jadi hubby la yang berurusan dgn nya..side mirror sebelah kiri kereta waja tuan punya kereta pun terkulai jugak..kereta kami side mirror tercabut,ada kemik dan calar.. huhu..tuan empunya kete waja tu mengantuk,dia pun tak sedar dia langgar apa (terlelap la tu)..lepas hubby berurusan dan katanya dia sanggup nak bayar..kami teruskan perjalanan..waja mula meluncur laju akhir nya perlahan dan memang pemandunya mengantuk kejap ke kiri,ke tengah,ke kanan..hubby cakap org ni nanti kang tak sempat sampai kuantan..huhu tapi alhamdullilah dia sampai..nak dijadikan cerita melayang le rm800 membaiki kereta..harap2 si waja itu bayar la balik!amin.

Balik beraya ke Pekan, terpaksa ler pinjam kereta BIL..raya kali ni alhamdullilah seronok dapat berkumpul dengan adik beradik,anak2 sdara dan paling utama dapat beraya mohon maaf dgn mak abah..yang tak berapa seronok Amir demam dan selsema sehingga hari rabu raya ke empat baru la ok sket..mcm biasa bila badan tak sihat meragam pun lebih..abi pulak tak ada..nasib baik ada cik yah dan pok su..berterima kasih la kepada mereka.poksu pun 3 pagi sanggup bangun dukung si amir yang meragam…uminya sudah tidak larat..impak dari demam,amir dah mula belajar berdiri dan menapak 2-3 langkah dan tabiat baru bila nak marah sebut nama "Ammar"..abg jugak yg disalahkan..hehehe..abis menjadi ikutan sepupu2 plak,nak marah je sebut "Ammar" ..saya berharap bila umur dia 1 thn 2 bulan dia sudah boleh berjalan kerana saya sudah tidak larat mendukungnya. sangat berat 10 kg…makan berselera.amin.

Pejam celik pejam celik cuti raya berakhir ..khamis ptg along sekeluarga dan mak nurui dah balik ke kuantan (mak nurui keje dan abg lan kena out station)..jumaat pagi angah balik ke ipoh..jumaat petang saya dan poksu balik temerloh (poksu ikut sekali balik,tiket bas dah habis,ahad baru balik ke SBPI temerloh)..ahad mak ndak dah balik chini..yang tinggai cik yah akan balik juga 4hb ke sabah..sangat sunyi sepi katanya tinggai bertiga di rumah itu..nanti last sekali tinggai la mak abah berdua kembali…jgn gaduh2 hehehehe..


Hari esok akan mula bertugas..sangatla terasa masih dalam mood bercuti..esok amar dan amir akan ke rumah pengasuh setelah 2 minggu tak ke sana..dan tinggal lagi beberapa hari pok su akan menghadapi PMR..ingat PERJUANGAN BELUM SELESAI..semoga segala usaha membuah kan hasil.

Dan juga taniah!taniah!taniah! kepada ayah2B dan ibu2B..dah jadi ayah ibu…selamat melahirkan baby girl,alhamdullilah akhir menjadi ayah dan ibu…tahun depan boleh cuba tambah anak lagi..hehehe.

Katanya..nama baby wandcni ni..humairah!hehehe

p/s : nanti masukkan pic raya yang tidak sebeberapa itu.

Tiada ulasan: