Isnin, 6 Julai 2009

Tiada Tajuk

Hari Sabtu baru ni hubby keje malam jadi saya tinggal bersama anak..seperti biasa saya ni bukanlah berani sangat orangnya..saya pasang semua lampu,mintak maaf la kalau bil letrik naik yer abang..cik su Ammar dan Amir balik kampung jadi tak dapat nak temankan..

Untuk mengurangkan rasa tak berani tu, saya ajak anak2 dengar cd al-quran sebelum tidur..alunan beberapa surah terpilih dari Ustaz Zamri (Mari Mengaji, Tv 9 tu)..Antara surahnya, surah Ar-Rahman. Dalam surah ni berkali2 diulang ayat ni (saya ambil maksudnya sahaja)..~saya tak kira berapa kali ayat ini diulang..
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" -surah Ar-Rahman
Bila berulang2 kali mendengar ayat ini,fikiran saya pun menerawang pada rancangan Ar-Rayyan -Ustazah fatma Al-Zahra,Astro Oasis..saya pernah tengok satu slot rancangannya menerumah seorang lelaki lumpuh (masih jelas di dalam fikiran saya rupa lelaki tu). Katanya semangat dia hadir untuk terus hidup ,untuk terus menjadi hamba Tuhan yang redha dengan ketentuannya bila membaca dan menghayati ayat ini. Alhamdullilah..
Sejenak saya terfikir dan munasabah diri sendiri juga, saya telah sms apa yang saya tak puas hati pada hubby saya tentang satu perkara (~malangnya hubby tak bawak hp ke opis,lupa jadi esokknya baru di baca..menambahkan rajuk saya)..
Kemudian fikiran saya juga teringat kepada sahabat saya Kak Fida di Muadzam dengan dugaan yang di alami..dan dugaan sahabat saya Ani di pendalaman Sarawak sana..sedikit mengigatkan saya dugaan saya hanya seciputtt sahaja dari mereka...Andai kata Kak Fida dan Ani membaca blog ni..semoga kalian tabahlah dengan ujian ini..seperti satu lirik lagu nasyid kumpulan diwani masa zaman belajar dulu yang saya masih ingat "Sabarlah dengan dugaan ilahi beriman kita perlulah di uji...."

Dan yang mana satu di antara nikmat2 Tuhan yang hendak kita dustai? banyak sudah nikmat diberikan hanya kadang2 kita di uji,bukan banyak sedikit sesuai dengan kemampuan hambanya..apakah kita harus melupakan semua nikmat hanya dengan sedikut ujian yang diberi? ..beristhigfar la wahai hanuni!!!!

Dan akhirnya malam saya berakhir dengan tenang walaupun 2-3 kali dikejutkan dengan 2 hero yang mintak susu...

2 ulasan:

ani berkata...

salam,bila baca ni sy pkir mungkin ada hikmahnya smpai kat cni. mungkin Tuhan nak uji tahap kesabaran kita. sy insaf diri tiba2

Tanpa Nama berkata...

:) Alhamdullilah sama2 la kiter munasabah diri