Rabu, 1 Julai 2009

Azam baru

Semalam saya bersembang dengan sorang kakak pptm di opis, sembang pasal anak2..saya tanya padanya akak dari anak kecik2 memang masak hari2 ke?katanya ya..akak masak hari2,masak yang simple2 je sebab pada pendapatnya,dia tak mau tertinggal anak merasa air tangannya sejak dari kecil lagi dan masakan di luar untuk budak2 baru membesar tidak la elok sangat sebab di campur dengan serbuk perasa..hmm ada kebenarannya jugak di situ
Katanya lagi..kalau saya tak lakukan sekarang nanti saya miss banyak perkara dalam melihat pembesaran anak2 memandangkan kita sibuk bekerja seharian,pastu balik sibuk dengan urusan rumah tangga..rutin hidup kita pagi hantar anak ke rumah pengasuh,petang kita ambik dia,di rumah kita sibuk dengan keje2 rumah..anak kita biarkan dia bermain sampai waktu tido kita suruh dia orang tido..di minda kita janji kita nampak anak sihat je sedangkan kita tak tau apa yang berlaku seharian pada dia..apa yang dia makan/minum yang semuanya akan memberi kesan pada pembesaran fizikal,mental dan rohaninya juga...jadi apa yang kita mampu buat supaya tak terasa miss di masa akan datang cubala buat..kalau tidak akan timbul rasa bersalah di hati kita bila mereka dah besar tak ada 1 perkara pun yang kita ingat dan sumbangkan sewaktu dia kecil..hmmm betul jugak kan
Jadi hari semalam jugak saya munasabah diri ..dan membuat jadual pemakanan Ammar,Amir dan makan malam kami..dan jadual harian saya...dengan azam baru semalam petang saya masak mee sup untuk Ammar dan bubur ikan untuk Amir..dan saya peruntukan masa juga bermain dengan diaorg sampai la letih dan pujuk 2 orang tu tido...
Saya tak mau miss dan harapkan yang terbaik untuk anak2

2 ulasan:

×÷·.·»BèCå_$åK†i«·.·÷×™ berkata...

bgsnye dia...........
cmtu la umi, kena rajin la pasni...
cayok2....teruskan usaha anda...

mak uda berkata...

tq tq tq