Selasa, 5 Mei 2009

Episod 5 - Cuti 1 Mei yang tragis

Hari Ahad..pagi2 makan pulut kuning..wah dah lama tak makan ni,mak mentua aku memang teror bab masak ni..menantu dia tak pernah tolong masak pun tak pandai..hehe apa punya menantu la..hari ini diaorg p pekan sehari di temerloh..aku tinggai kat umah je..kemas2 bilik kami buang habuk2 dan mop..pastu kemas2 rumah..wah sungguh banyak habuk!gatai idung!
Tghari mak mentua masak ketam,adik ipar si lina teringin nak makan ketam...lama tak makan ketam ,masa ngadung budak 2 orang ni je mengidam ketam!sayur kangkung,jeruk maman,petai..best gilerrrrr...si Ammar nak try makan petai..dikunyah petai dengan kulit haaa nangis pahit!pastu meragam marah rasa pahit!abi dia la yang settle kan..Ammar ni asyik meragam je sebenarnya..kejenya nak jalan je..aku agak pasal risau kehilangan candunya la..
Petang kami ke sekolah ikhwan,tapi dia tak balik lagi dari tganu main hoki..wah tak sangka pak su sekarang terror main..wakil sekolah ..hmmm pelik sekolah rendah dulu tak pernah terlibat langsung dgn sukan ni..mamandangkan pok su tak dok jadi kami pusing2 mentakab je la...ada insiden yang menyebabkan aku hangin je je dgn hubby ni!malas nak citer(kalau dia baca blog ni pepaham jer la..menyampah rasa)
Rumah dah sunyi lina dah balik..epul tak jadi balik katanya nak bertolak ke bentong esok pepagi je..aku dah takut nak masuk bilik kami ni dek kerana citer abah mentua hehehe..hubby lak galit berborak..cessss..tunggu dia abis borak baru la tido..(sanggup pangku Amir tido takut punya pasal)

Tiada ulasan: