Selasa, 5 Mei 2009

Cuti 1 Mei yang tragis

Episod 1
Alkisahnya, hari khamis -30 April 2009..dalam jam 2.00 petang dapat call dari hubby cakap abah mentua sakit dah 3 hari maracau2...nak bawak p hospital..aku pun call mak mentua,dia pun berceriter la abah dah 3 hari meracau2,sampai mak tak bleh tido katanya.Katanya : abah cakap nampak ramai orang dalam umah,ada makcik maimun(dah meninggal)datang melawat dia,ada perempuan rambut panjang jilat darah kat atas meja dapur...haiii aku pun seram gak dengar..dah la abah tido dalam bilik kami,nampak mende pelik2 lak..takut maaa..jadi mendengar ceita2 tu kami decide nak balik malam ni jugak..jadi aku pun balik awal sket la,mintak tulung nazrul cover line..kalut2 la amik anak,pastu bawak amir p klinik dulu amik ubat kembung (rabu malam dia meragam perut kembung,takut kat kg kembung lagi so stand by ubat siap2)..balik umah kalut mengemas2 barang,penin dengan ammar meragam rasa tensen rasa tak nak balik kg dah!dalam jam 8.30 mlm kamibertolak balik ke temerloh..
Episod 2
Jalan jammed giler malam khamis tu...dan terjadi la peristiwa yang tragis...dekat MRR2..km berapa dah tak hengat..bangunan yg boleh nampak ESSO..kereta kami mula2 tak ada air cond...panas amir dah peluh2..pastu lampu kete dan signal dah tak ada...lepas tuuuu..kete dah semput2..terhegeh2 nak jalan..kejap je lepas tu terus mampus enjinnya...huwaaaaaaaa..kami duduk di lorong paling kanan plak tu..apa nak buat ni?????!!!!!!!!!!!...nasib baik jalan jammed jadinya seme kereta slow je la,kalau tak jammed tak tau la macam mana..dada aku dah berdebar2 dah ni kete dok hon2 je!hubby call insurans kete...terang2 kat diaorg so diaorg cakap kalau macam tu 'alternator'(tak tau la betui tidak ejaannya) yang rosak..apa bende nya alternator tu aku pun tak tau,hubby pun tak tau!then hubby call polis 999 mintak bantuan..yang ni sakit jiwa sket,polis trafik tak tau nak baca km jalan..dok tanya bangunan terhampir di side kami(masalahnya tak tau,tak nampak bangunan apa pun yg kami nampak side belah sana nampak ESSO),hubby dok cakap la km nya dan arah kami arah ke timur..hubby dok cakap la kami ada anak kecik ni sorang 8 bln,sorang 2 thn..duduk di lorong paling kanan...minta trafik bantu bawak kereta ke lorong paling kiri/selamat,polis lak tak tau nak pass kat polis mana..kejap pass line ke polis gombak..polis gombak pass kat polis sentul..hee apa ke jadah la..bercakap dengan polis pun amik masa solution tak ada..nasib baik la hubby keje kat PLUS-traffic safety department so dia pun dah faham perangai polis..dalam pada tu ammar dah nangis takut kut..org dok hon2 kete tak jalan2,aku pun dukung ammar bawa keluar,amir pass kat hubby...dua2 duduk kat luar..dalam pada tu hubby ada call2..nasib baik biler dah dukung dua2 budak ni diam..dalam pada buntu tu aku msg si azwan,so dia sanggup tolong datang jadi rescue 911(sian azwan dan zu..TERIMA KASIH BANYAK2) ..kami dah jadi bahan tayangan la kat tepi jalan tu..aduhaiii dah la makcik pakai tshirt dan seluat trek je..dalam kusut2 tu ada sorang budak naik motor sampai,dia cakap dia keje kat esso tu..khairul namanya,dia bagi no. tel mekanik..hubby pun call la...pastu budak tu tolong jaga trafik pindah kan kete ke side kiri..hubby tolak kete..aku sambil ribakan amir jaga brek...ammar duduk sebelah,nasib baik la budak 2 org tu macam memahami diam je..tak meragam langsung!dah settle kami pindah baru la kete polis tergedek2 sampai...ambil masa plak tu nak kuar kete polis ni!..pastu datang bersalam cakap minta maaf la encik jalan jammed lambat sampai..heee trafik kan naik kete bunyi siren dan orang ke tepi ada masalah jammed gak ke?..pastu dah mcm tu je..kejap tu terus blah je polis tu...tinggai la kami ni tunggu lori tow dan mekanik sampai..aduhai aku dah lenguh mendukung si Amir,Ammar melambai2 kete lalu lalang hihihi..sampai je mekanik dok la check2 compirm la alternator tu rosak..kata nya dalam rm280-rm310..pastu dok discuss dgn hubby nak tarik kete tu ke esso..park kat situ dia baiki esok pagi kena cari altenator tu dulu..nak dimudahkan Tuhan,lori tow sampai dan azwan pun sampai gak..kete kami pun ditarik la ke esso tu dan kami naik dgn azwan...dalam pada keletihan dan kekusutan tu Ammar punya perangai mencuit hati juga...pandai dia cakap oppp oppp oppp kat lori tow tu masa nak park kete kami hehehe mana dia blaja cakap gitew tak tau la!dah settle hubby bincang2 dengan mekanik tu,kami pun pindah barang masuk kete azwan dan bertolak balik ke putrajaya..masa tu kalau tak silap dah jam 12..jalan masih jammed..sampai kat putrajaya kami pergi makan kat kedai mamak flat hijau (dari tadi belum makan lagi(aku dah muntah seround,perut masuk angin))...kat kedai ammar dah start enjin meragam nya..ngantuk dan letih kot,kami makan pun tak puas..sampai rumah dah jam 1 pagi...kami jirus air sket2 kat badan ammar dan amir bagi selesa tido..tidokan diaorg baru bleh ambik nafas lega!!!!...pastu aku mandi,solat dan tidoooooooooooooooo...

Tiada ulasan: