Selasa, 6 Januari 2009

Hobi Ku

Atas cadangan seorang kakak,kali ini aku nak berceriter tentang hobi ku.Nampak tak ler menarik sangat topik ni tapi aku nak ceriter jugak..hehehe..Aku telah berkecimpung dengan hobi ini sejak zaman sekolah lagi..nak tau apa hobi tu?aku sebenarnya suka mengumpul aksesori..terutama gelang!..dulu masa zaman sekolah beli yang murah2 atau cantum manik2 menjadi gelang atau rantai..masa tu tak ada duit,buat sendiri atau p kedai tgk je la kan tapi sekarang alhamdullilah dah mampu nak beli..tapi paling mahal yang aku mampu/pernah beli 1 gelang yang harga rm200 (kak mazni tau ni apa gelangnya)..yang lain2 semua bawah rm200 :)..

Yang seronoknya aku dah ada pengikut.. kakak2 dan adik2 aku pun dah ada yang ikut jejak langkah juga walaupun tak la segila aku..mak dan mak mentua aku pun nak terikut sekarang ni..hehe..dan seorang lagi kakak,namanya kak fida kwn masa bekerja di poli muadzam dulu,dia pun dah mula mengumpul aksesori (tak tau la apa perkembangan aksesorinya sekarang)..

Kadang2 mcm membazir juga sebab ada yang tak pakai pun,hubby pun cakap aku dah banyak koleksi..tapi dah suka nak buat macam mana kan..ada juga koleksi yang tak nak dipakai atau saje2 beli aku hadiahkan dengan kakak2 dan adik2..kadang2 diaorg tgk dan berkenan so..............pepaham aje la.Sekarang koleksi aku dari manik,tali,plastik,silver,stainless steel dan batu2 (bukan batu bate yer)...

Tempat favourite untuk membeli koleksi ni,kalau kat pekan ..nama kedai tu Pekan Jewellery..kalau dekat kuantan Hands-Megamall,Sinma-Kompleks Teruntum dan Megamall dan kalau dekat sini dekat Mines dan ada satu kedai dekat JJ tu namanya HJOB (kalau tak silap)..dan ada jugak kalau p jalan mana2,singgah2 dan berkenaan beli la..:)








Ini lah antara koleksi2 yang sempat di ambil gambar....:)..sesiapa yang sama2 hobi boleh la bertukar2 cerita dan pendapat ;)