Jumaat, 19 Disember 2008

Kursus Developing Web Applications with IBM Rational Application Developer V6

Haaa baru hari ini ada peluang nak hapdet blog aku ni...minggu ni minggu kursus..aku dan seorang lagi kawan kena p Kursus Developing Web Applications with IBM Rational Application Developer V6 dari 15/12 sampai la 18/12...aduhai berbelit otak aku kursus kali ni..cikgunya mat salleh dari Australia..slang dia mak oiii tak tahan..

Nak citer nya (citrajiwa ngan wandcni dah tau citer ni..hehehe)...hari pertama p kursus sesat pusing2 seentero damansara tu..hehe nasib baik la jumpa jugak akhirnya UPTOWN 5 tu..masuk je kelas dah lewat sket..tgk2 mat salleh terpaksa la ckp la sorry we're late (chewahh..)..duduk je blur..apo mendo mat salleh ni cakap..tak paham langsung!!!!pastu bdk jakarta tu translate apa cikgu suruh buat aku tak paham cakap slang indon!last budak melayu tu translate ooooooo baru la aku paham mat salleh tu suruh kami pergi depan tanda kat white board tahap pengetahuan kami tentang perkara2 yang nak di ajar...aku pun tanda semua beginers..takut kang tanda pandai di tanya aku lebih2 apa nak dijawabnya...iskkk..

Peserta kursus kali ni 2 orang dari Bank Indonesia,2 orang dari IBM, 1 orang dari Iperintis sdn bhd (kat KLCC)..kami berdua je goverment staff.Mereka semua ni dah terror, datang kursus untuk refresh knowledge je. Time perkenal kan diri puas fikir apa la Jabatan Perdana Menteri dalam bahasa Inggeris ni..last2 sebut je la i came from Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri.ahaks..gayat dengar slang mat salleh punya pasal sampai lupa dah segalanya.Menuntut ilmu dengan mat salleh ni ada yang aku paham dan ada yang langsung tak paham!baru nak paham apa yang dia cakap, dia dah cakap pasal mende lain plak..nasib baik la masa buat exercise ok jer,berjaya jugak la!yang paling tak leh ingat dia sebut "source folder" aku dok dengar sos soda!sos soda!sos soda!last2 dia tunjuk dekat depan baru la aku paham source folder rupanya.hehe..jom kita refresh semula apa yang aku belajar selama 4 hari ini.

Hari pertama 15/12 - ada course introduction,IBM Rational Application Developer Basics,Java Development,Web Tools Basics,Visual Development,Create and Edit Servlets,Filters and Listeners..pastu macam biasa ada exercise..kena la buat.

Hari kedua 16/12 - Use the Websphere Test Environment, Create and Edit HTML and JSPs, Automated Component Testing and exercise.

Hari ketiga 17/12 - blajo Connecting to a database,Debug Web Apllications,Code Review,J2EE Aplication Frameworks Overview and Introduction to Structs and exercise.

Hari keempat 18/12 - hari last tak sabo2 nak habis ni..Introduction to JavaServer Faces,Profiling,Add Security to Web Apllications,Package Web Applications,Deploy and Install Web Applications,Introduction to Portals and exercise.

haaaaaaaa alhamdullilah berjaya juga menamatkan kursus,walaupun masa sesi menjawab soalan tu rasanya aku la yang paling tertekan dan takut..takut kena tanya!hehehe..terima kasih la dekat khairil pasal tumpangkan akak masa p kursus dan jangan lupa claim dengan kerajaan yer! :)

19/12 hari ni kena masuk opis daaaa..siapkan SKT ..bos dah mintak lambat kena potong markah katanya..hmmmm minggu depan aku bercuti satu minggu balik kampung! (jangan marah wandcni, citraJiwa kan ada!) jadi kita berjumpa di tahun baru la yer! ta ta .

Selamat Tahun Baru!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wah2.. Dh mula bcuti ek.. Behnyer lah.. Kalo ada ole2 bwk ler utk wandcni n citrajiwa.. Kami ketekanan di sini.. Slamat bcuti.. Moga slamat pergi n slamat balik.. Jgn lupa jln ke opis dh ler.. hehe..