Selasa, 30 Disember 2008

Balik Kampung..HOHOHO

Dah seminggu berlalu di kampung..tak puas rasanya...macam-macam cerita dan macam-macam makan!jangan naik berat badan sudah la!..Ammar dan Amir la yang paling seronok sekali di kampung hehehe..

Pada 24/12/2008 kami ada temujanji dengan pakar telinga di Hospital Besar Kuantan (HTAA), anak aku Amir kena buat ujian audiologi..kesian Amir. Ceriternya masa dalam pantang Amir kena jaundis (kuning)..tahap jaundisnya tinggi 396 jadi doktor cakap bagi budak yang tinggi jaundis nya perlu menjalani ujian audiologi untuk pastikan pendengaran baby ok.Kesian Amir masa jaundis tu 6 hari duduk di hospital dan kena masuk air plak tu..aku pun tertekan juga masa duduk di hospital tu. Nak dijadikan ceriter, malangnya ujian audiologi tu tak berjaya atas beberapa faktor. Doktor tu cakap antara faktornya taik telinga Amir banyak sangat dan Amir tak mau duduk diam masa ujian tu dijalankan.Cara ujian tu dijalankan adalah dengan memasang alat di dahi,kedua2 belah telinga dan dada Amir.Lepas tu doktor pakaikan mcm earphone untuk Amir dengar bunyi.Kemudian bunyi tu akan dihantar ke otak kemudian di proses-proses untuk tengok tindakbalas telinga Amir pada bunyi (itu yang doktor terang kat aku la).Ujian kedua plak doktor masukkan tiub yang mengeluarkan angin ke dalam telinga.Memandangkan ujian ini gagal jadi Amir kena pergi lagi hospital untuk ulang ujian tersebut tapi kali ini aku mintak di transfer ke Hospital Putrajaya...senang sket...bila nak ulang ujian tu aku tengah tunggu surat dari Hospital Besar Kuantan (HTAA) untuk di bawa ke Hospital Putrajaya.Doktor cakap dia akan pos.Harap-harap Amir tak ada masalah pendengaran..Ya Allah lindungi lah..Amin.

Salah satu aktiviti yang baru dipelajari Ammar masa di kampung ialah naik basikal!tapi duduk dalam bakul jer la..nasib baik orangnya kurus jadi muat la duduk dalam bakul.Ammar punya la syok naik basikal keliling padang dan kampung sampai tak nak turun!...



Gaya pendekar Ammar...hiyaaaa..nak ikut macam kungfu Panda ni..












Inilah Rumah Kami di Kampung Ketapang Tengah, Pekan Pahang.......winduuuu nak balik kampung lagi..upssss rumah di Desa Murni,Temerloh tak sempat nak ambik gambo..jangan mare yer Abi...nanti kiter citer pasal kampung temerloh lak yer..










Tiada ulasan: