Rabu, 26 November 2008

Ulasan cerite

Hari ini baru sempat nak memberi ulasan dari ceriter yang aku ceriter tempoh hari :)


Nilai suatu persahabatan dilihat daripada ketulusan hati dan kesediaan berkorban demi orang lain.Adi mengorbankan kepentingan malah nyawanya untuk sahabat dan pekerjaaannya.


Sahabat manakah yang sanggup mengorbankan nyawa begini bagi kepentingan orang lain?dunia dan penghuninya semakin mementingkan diri sendiri,hubungan antara manusia semakin kering,tingkat persaingan semakin tinggi dan kemajuan teknologi pesat meluaskan jurang perhubugan anatara manusia.


NILAI SUATU PERSAHABATAN SEBENARNYA DI LIHAT DARIPADA KETULUSAN HATI DAN KESANGGUPAN BERKORBAN UNTUK ORANG LAIN.


Menjadi sahabat di kala senang adalah perkara biasa dan mudah kerana boleh dilakukan oleh semua orang. Tetapi menjadi sahabat di kala susah adalah sesuatu yang lebih bermakna dan menjadikan nilai persahabatan itu begitu tinggi.


Sahabat sejati adalah orang yang sanggup mendengar dan mengerti ketika anda mengungkapkan perasaan anda yang paling dalam.Dia juga menyokong anda ketika anda berjuang,menegur dengan lembut dan penuh kasih sayang ketika anda berbuat salah dan tidak menyalahkan anda sekiranya gagal.Seorang sahabat yang sejati akan memberi semangat bagi perkembangan peribadi anda,mendorong memaksimakan potensi anda sepenuhnya.Dan paling menakjubkan,dia juga meraikan kejayaan anda seperti kejayaan diri sendiri.


Ketika sang mentari mula menampakkan wajahnya hari ini,marilah kita merenung, "Sudahkah kita menjadi sahabat yang sejati bagi orang lain dan siapakah sahabat sejati kita yang sesungguhnya hingga ke hari ini?"




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kawan sejati bukan hanya di kala susah dan senang bersama..Kawan sejati adalah kawan yang akan memastikan kawannya tidak akan hanyut dalam godaan duniawi...dia akan mengajak kawannya "amar makruf, nahi munkar"...Yang paling penting dia akan memastikan dirinya dan kawannya dapat menjaga iman dan amal bersama...supaya Rukun Iman dan Rukun Islam tidak punah dari sanubari masing-masing...dengan itu, dia dan kawannya dapat ke syurga bersama-sama..Insya Allah..Itulah sahabat sejati!