Isnin, 24 November 2008

Isnin oh isnin

Ini adalah satu cerita yang ada di dalam buku yang aku baca tu (Setengah BERISI,Setengah KOSONG)…baca dan hayati la yer kawan-kawan..

Adi dan Rudi adalah dua orang anak muda yang bersahabat baik sejak sekolah rendah lagi.Mereka bekerja sebagai penghantar alat-alat ganti di salah sebuah syarikat kereta api wap di Eropah.Tugas mereka adalah menghantar alat-alat ganti yang diperlukan dari satu stesen ke stesen yang lain dengan menggunakan kuda.

Suatu petang menjelang senja,mereka ditugaskan menghantar beberapa jenis alat ganti ke sebuah stesen bagi memperbaiki sebuah keretapi yang rosak.Alat-alat ganti perlu dihantar malam itu juga kerana kereta api itu perlu berangkat keesokan paginya.Kawasan yang perlu mereka lalui memang terkenal dengan serigala buas yang sering menyerang manusia.Tetapi oleh kerana tugas dan dedikasi mereka terhadap kerja, kedua-dua sahabat berangkat juga.

Rudi memang agak penakut orangnya, dia takut keadaan gelap, apalagi binatang buas seperti serigala itu. Tetapi Adi menguatkan hatinya demi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Selepas segala persiapan selesai, mereka pun berangkat dengan menaiki kereta yang ditarik oleh lima ekor kuda.Mereka menempuh lima rumpun pokok buluh yang menjadi sarang serigala yang buas.Apabila melalui rumpun pertama,kelihatan puluhan pasang mata bercahaya daripada rimbunan buluh itu,empunya mata-mata tersebut bersiap sedia mahu menerkam mereka.Rudi bertanya, “bagaimana kita hendak mengelakkan serangan binatang itu?”.

Adi dengan tenang melepaskan seekor kuda yang terus diserbu oleh serigala-serigala itu.Ketika di rumpun yang kedua bagi menyelamatkan diri mereka,Adi melepaskan kuda yang kedua.Adi melaksanakan tindakan yang sama di rumpun yang ketiga dan keempat.

Apabila mereka tiba di rumpun yang kelima,Rudi mula takut dan panik kerana kuda mereka tinggal seekor sahaja.Sekiranya mereka melepaskan kuda itu, tentulah mereka juga akan menjadi makanan serigala yang buas itu.Dalam ketakutan,dia bertanya kepada Adi, “Apa yang kita hendak buat sekarang ini?”

Adi menyuruh Rudi bertenang. “Tentu ada jalan penyelesaiaannya yang penting barang-barang ini mesti sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.”

“Tetapi bagaimana caranya kita boleh melalui ancaman ini dengan selamat?”Tanya Rudi dalam kepanikannya.

Adi mendakap sahabatnya dan memberitahu yang sahabatnya itu perlu meneruskan perjalanan ke stesen bagi menghantar alat-alat ganti itu dan biar dia yang menyelesaikan masalah serigala itu.

Setiba mereka di rumpun buluh kelima,Adi menyerahkan tali kekang kuda kepada Rudi untuk dikendalikan.Sementara itu,puluhan mata serigala memerhatikan mereka dan bersiap sedia hendak menyerang.Tiba-tiba Adi melemparkan dirinya kearah rimbunan pokok buluh itu dan dengan serta merta serigala-serigala itu menerkamnya.Adi mengorbankan dirinya demi keselamatan dan amanah yang diberikan oleh syarikat.


Hmmmm begitulah ceritanya..apa yang korang dapat dari citer ni…nanti next update aku berikan plak ulasan dari citer ni…tapi sebelum tu kalau ada apa2 ulasan dari korang masukkan la yer…J

1 ulasan:

×÷·.·»BèCå_$åK†i«·.·÷×™ berkata...

rajinnye dia taip semula cite tu...:)) ke p scan masuk dlm blog :)) :mukajahat: