Saya mengantuk.
Saya sedang malas hendak bekerja.
Saya blur.
Jalan ke tempat kerja hari ini boleh dikatakan lengang, tak banyak kereta. Masih ramai lagi sedang bercuti raya. Berbahagialah mereka yang sedang bercuti :)
Sesampai di pejabat saya fikir saya mesti ke kafe untuk beli makanan dan bancuh milo panas untuk duduk bertenang-tenang sambil mengimbas kembali kerja apa yang belum selesai dan perlu dibuat..malangnya kafe masih tutup! Pilihannya keluar mencari makanan atau berdiet!
Hari ini sudah 6 syawal..sudah 6 hari juga ramadan berlalu pergi ..sepanjang melaluinya juga ada macam-macam dugaan kecil dan besar ditempuh.
Hanya kita sahaja yang tahu tahap dugaan tersebut kecil atau besar.
Dan hanya kita sahaja yang tahu sejauh mana kita sudah mampu meraikan "kemerdekaan diri" kita sendiri.
Sukar.
Sulit.
Menuntut kesabaran, kesungguhan...hidayah itu perlu dicari, digali, perubahan, diuji.
Salam Aidilfitri :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan