Hidup ini seharusnya sentiasa ada percubaan untuk melakukan perkara baru supaya hidup tidak terlalu serius dan membosankan :)
Hidup juga kadang-kadang perlu melihat kepada kehidupan orang lain supaya kita merasa lebih bersyukur dengan apa yang kita ada :)
Saya sebenarnya kadang-kadang berasa aaargghh hidup saya membosankan..bangun pagi, kerja hantar anak sekolah, balik kerja, ambil anak, balik rumah, urus hal-hal rumahtangga,tidooooooooooo...berulang-ulang macam tu la yer ..
Jadi saya merancang mencuba sesuatu yang baru dan juga mahu anak-anak ada pengalaman baru..Jumaat lepas saya,suami dan anak-anak ke rumah Angah (kakak) dengan menaiki perkhidmatan tren elektrik (ets) dari KL Central ke Ipoh..
Kami menaiki klia transit (erl) dari Putrajaya ke KL Central dan seterusnya ets ke Ipoh..Cabaran utama ialah anak-anak..huhu ..macam biasa ligat satu macam..apa-apa pun mereka seronok dan selesa. Cabaran saya yang paling utama ialah apabila mahu balik semula ke Putrajaya. Suami balik pada hari Sabtu kerana bertugas dan saya balik pada hari semalam (Selasa) hanya bersama anak-anak..jadi pengembaraan pun bermula!!! dengan beg sandang ala-ala nak pergi berkhemah , memegang tangan si kecil kiri dan kanan..sangat mencabar tetapi masih boleh diatasi dengan jayanya (yeay!!!)
Di antara pengalaman baru di Ipoh ialah saya buat kali pertamanya tahu mengenai buku jalanan@buku jalanan Ipoh..Sebenarnya ia berlaku secara tidak sengaja, kami ke Padang Polo , Ipoh untuk berjalan kaki sambil bersembang dan memberi peluang anak-anak bermain..
Daripada sembang dengan anak-anak muda yang menganjurkan, mereka datangnya dari IPG-bakal guru , ada yang guru Bahasa Melayu (teruskan perjuangan wahai anak muda)..buku dan majalah hanya disusun di atas lantai di bawah salah satu gazebo yang dikhaskan. Bagi kanak-kanak disediakan indoor games dan alatan serta lukisan untuk mewarna..sambil membaca, anak-anak muda akan menghiburkan anda dengan petikan gitar, gendang dan nyanyian..:) dan semua buku dan majalah ini boleh dipinjam secara percuma!!
Menarik memang menarik..walaupun kebanyakan buku dan majalah adalah keluaran lama..saya lebih tertarik kepada karya-karya bebas ..difahamkan ianya sumbangan dari kawan-kawan di Shah Alam dan ada juga ianya datang dari karya siswa/siswi IPG sendiri :)
Selebihnya saya menyelusuri kehidupan harian Angah ..ada beza kerana dia guru :) ...jadual hidupnya sama tetap padat dengan anak-anak yang sudah bersekolah dan aktiviti guru...balik sekolah hantar anak ke sekolah agama rakyat, tuisyen petang dan malam serta aktiviti guru yang lain..jadual penuh!!! menariknya kerana banyak aktiviti ke sana sini di luar rumah jadi dapurnya bersih , tiada masak memasak di rumah okay! makan pun di kedai dan kantin sekolah sahaja (bagus rumah bersih!!! wink wink :) )
Akhirnya saya mengutip beberapa pengalaman baru dan juga satu titik tolak buat saya untuk "mengembara" bersama anak-anak tanpa suami kerana jadual kerjanya yang berlainan dan padat yang kadang-kadang tak mengizinkan en suami bersama kami...saya sudah berangan-angan untuk balik kampung hanya kami bertiga sahaja!!!menaiki bas!! (bye-bye abi)
"masih belajar bersyukur seadanya"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan