Selasa, 24 Julai 2012

Singgah menjenguk ..salam ramadan

Alhamdullilah dah masuk hari ke-empat kita berpuasa pada tahun 2012 ni. Alhamdullilah setakat ini masih dipanjangkan umur untuk meneruskan puasa...Sebelum berpuasa saya batuk,selsema dan kadang-kadang semput yang teruk, sebulan batuk berkahak, sakit satu badan , habis bergegar semua lemak bila batuk hehe..jumpa doktor , doktor pesan , u ada asthma sepatutnya batuk 2-4 hari dah datang check, ni dah 2 minggu baru nak datang, sekarang ni macam-macam kemungkinan boleh berlaku , dunia sekarang dah banyak penyakit..saya mula panik sebenarnya mendengar kata2 doktor..dah nak mati ke? tuhan dah nak ambil nyawa ke..sempat ke tidak ni nak sampai bulan puasa..ke tahun lepas dah tahun last berpuasa..dan hari ini Alhamdullilah batuk dah OK dan dapat bertemu ramadan sekali lagi..Terima Kasih ALLAH.

Sekarang ni sibuk sikit di tempat kerja, nak berjalan-jalan menjelajahi blog-blog dalam blog list pun kadang tak sempat, nak menulis pun dalam sibuk-sibuk tak ada mood nak menulis..alternatif lain facebook..itu pun sebab facebook boleh tengok pakai hp eh..sambil-sambil baring berehat boleh tengok..boring mendengar perbincangan dalam mesyuarat tu boleh lah scroll tengok citer-citer menarik, gosip-gosip terkini..haha..sebenarnya saya berpandangan positif mengenai facebook, jika kita menggunakannya ke arah POSITIF..saya suka facebook sebab di situ saya boleh cari balik kawan-kawan hatta yang masa sekolah tadika punya kawan pun boleh jumpa, yang masa tadika ,tak sedar pun dia tadika sama dengan saya hahaha..alih-alih sembang-sembang laaaa satu tadika kita rupanya..tak comel la tu sebab tu saya tak perasan hehe..keduanya saya banyak berhubung dengan adik beradik saya melalui facebook..kadang-kadang saya bercakap dengan adik di Kapit guna facebook..dengar suara ,nampak muka hehe..boleh saya usha rumah bujang dia bersepah ke tidak, pastu membebel sekupang dua. Saya juga boleh nampak citer-citer terbaru sedara mara dalam ni..dan baru ni ada sepupu saya meninggal saya dimaklumkan melalui facebook..kan positif tu..ketiganya dan yang paling penting saya dapat banyak maklumat,tazkirah,kata-kata motivasi di dalam facebook..ada yang share kan artikel-artikel yang berilmu untuk di baca..sharing is caring..dan lagi saya boleh shopping  melalui facebook hahaha..hatta ebook pun ..bab shopping ni betul2 positif..haha tapi berpada-pada check poket sendiri.

Masa berjalan pantas kan..ada banyak perkara perlu dikejar kan bulan puasa ni..saya berharap cuba berusaha untuk yang terbaik..hari ini saya berazam tak nak marah, kurangkan marah bulan puasa ni..sebab semalam asyik2 rasa nak marah je kat suami..beristghfar dalam hati pun rasa nak marah lagi..haiii hati dah berkarat ni..harap bersih la karat2 ni..aduhaiiiiiiiiiiii..tahun ini alhamdullilah dah 2 kali saya dapat berterawih di Masjid Putrajaya..sudah 6 tahun saya solat di rumah.. Tahun ini malam pertama saya bersolat terawih di sana membawa 2 hero kesayangan itu..Saya berharap walaupun suami kerja saya masih boleh bawak Ammar dan Amir ke masjid (terima kasih sangat2 kepada ibu dan ayah Madihah tumpangkan) malangnya, saya hanya dapat solat terawih sendirian di kandang kanak-kanak tanpa berjemaah..huhuhu 2 orang budak sudah bikin kacau jemaah lain time solat jemaah isya'..depa ke hulu hilir depan jemaah pastu duduk berdiri tersengih-sengih depan ummi tengah solat, tolak-tolak ibu Madihah pasal nak masuk saf orang konon nak solat jugak..last sekali duduk atas riba ummi yang nak sujud..ha macam mana la!!!! ai fenin u!!!  dah la time moreh makan bihun tak cukup sepinggan..ayooo anak sapa la ni..semalam saya dapat berjemaah suami off rest jadi dia jaga anak di rumah , saya ke masjid hahaha terbalik kot..takpe tahun ni kami bergilir2 ke Masjid..

Hari ini hingga la Jumaat solat di rumah ..suami syif petang dan saya berbuka dengan anak2 sahaja. Kalau saya rajin saya berkelana la berbuka di rumah cikgu2 taska Amir ataupun ..........heheh belum tau lagi (tumbuh tanduk..opsss puasa..)..minggu ni nak balik kampung hoyeeeee...harap dapat bertarawih di surau kampung..secara peribadi saya lebih suka berjemaah di kampung berbanding di sini...di kampung jemaah nya tok aki sedara, pak mak sedara,sepupu sepapat, sedara mara, jiran2 yang kita kenal..walau tak pernah bercakap pun tau itu jiran sekampung..time masuk surau dan habis solat bersalam-salam tanya kabo masing-masing..ada masa terdetik tua dah makcik ni...ada lagi panjang umur dia..jumpa kawan-kawan mula excited tak hengat..hahaha ko kat mana?keje kat mana?anak ko berapa? gitu la..kat sini satu haram pun tak kenal kan..pastu mana ada budaya salam2 masuk dan kuar masjid ..semua macam asing je..sesekali jumpa la kawan seopis ,ex opis tegur hai2 je pasai seme sibuk kejar anak masing-masing hahaha..

Apapun keadaannya ..semoga kita semua menghayati ramadan dan diampunkan dosa..

Rebut la peluang sebaik mungkin..mungkin kali ini ramadan terakhir buat kita , siapa tau? :)

Tiada ulasan: