Khamis, 10 Mei 2012

Dari Milan ke Maran terus ke Temerloh lar

Tajuk post tak ada kena mengena ...cuma ni kalau hubby baca for sure tanya Milan tuh kat mana? sebab dia tau wifey nya lemah geografi! (..perlu ek kiter tau negara2 luar tu berada di mana??) Milan is second-largest city in Italy okeh..;)

Sebenarnya Dari Milan Ke Maran tajuk novel terbaru Norhayati Ibrahim , cetakan pertama Feb 2012..

Dan juga sebenarnya terpanggil untuk update kerana lama tak update blog..tak de apa nak ceriter selain pergi kerja balik kerja...huhu..bunyi macam super busy la kununnnya hehe..

Ok jom kongsi sesuatu, last month kami pergi buat executive screening programme..apa mende tu? ESP - General health screening is useful for the early detection of diseases such as hypertension, diabetes, kidney, liver and heart disease. The more you care now, the less you will have to worry about detection of the late stages of illness. ESP will help to reduce complication from diseases..:)

Biasanya orang tunggu umur 40-an baru buat tapi memandangkan family ada sejarah darah tinggi dan kencing manis jadi kita buat awal...tapi hubby dah 42 dowh..hehe..

Resultnya semua alhamdullilah ok , thyriod function pun ok walaupun hari tu dah buang sebelah tetapi kami berdua punya kolestrol sedikit tinggi..so ia membawa saya dan hubby untuk bertanya mr google dan terus men'google'...kalau tidak tak amik tau pun jenis-jenis kolestrol..berapa bacaan yang patut dicapai..itu dan ini..

Kolestrol - sejenis lemak dalam badan dan ia adalah komponen asas untuk penghasilan membran sel, penghasilan hormon, asid hempedu serta vitamin D. Hati manusia boleh hasilkan kolestrol secara semulajadi.Kolestrol boleh di dapati dalam makanan bersumberkan haiwan bukan pada tumbuh-tumbuhan.

Kolestrol ada 3 - HDL (kolestrol baik), LDL (kolestrol jahat) dan trigliserida (tg) (HDL dan LDL biasa dengar kan tapi TG, biler check up 1st time dengar dan tau)

HDL - Berfungsi mengangkut kolesterol dari saluran darah ke hati untuk perkumuhan dan penyimpanan. Aras HDL yang rendah akan membahayakan kesihatan.

LDL - Berfungsi mengangkut kolesterol dari hati ke saluran darah
untuk peranan lain. Aras LDL yang tinggi akan menganggu sistem peredaran darah yang normal dan membahayakan kesihatan anda.

TG - Sejenis lemak ringkas di dalam aliran darah. Paras TG yang tinggi dikaitkan dengan pengambilan makanan bergula dan buah-buahan secara berlebihan. Paras TG yang tinggi juga menyumbang kepada peningkatan LDL atau penurunan HDL.

Berapa paras kolestrol yang patut di capai?

Kolesterol Total (TC) Kurang dari 5.2 mmol/L
Kolesterol LDL (LDL-C) Kurang dari 3.4 mmol/L
Kolesterol HDL (HDL-C) Lebih dari 1.1 mmol/L
Trigliserida Kurang dari 1.7 mmol/L

TC saya 5.5 mmol/L - LDL tinggi ..HDL dan TG ok..so what to do?

bersenam 3 kali seminggu
jaga pemakanan ( sedang mengumpul apa yang perlu kurang/jgn makan terus dan apa yang perlu lebih di pilih untuk makan )

last doktor pesan kurangkan berat badan kepada 64 kg...deng!!!!! 

tagline untuk diri sendiri..sayangi diri sendiri dan tolong 'jangan bunuh diri sendiri' sebab makan tak hengat dunia dan malas tahap gaban nak bersenam dengan alasan tak cukup masa.. 

Anda bagaimana? :) Anda mampu mengubahnya...:) marila berusaha :)


Tiada ulasan: