Isnin, 10 Oktober 2011

Hujung minggu yang mengembirakan

Terlalu lama hajat untuk membawa pertemuan tiga keluarga ni tersimpan dalam hati.


Selalunya hujung minggu jika hubby bekerja , saya dan anak-anak sering rasa bosan menunggu hubby balik. Balik pun dah petang hanya boleh bawa kami pusing2 dalam Putrajaya sahaja sambil bersembang ringan2 dalam kereta. Kadang2 tak dapat bersembang pun sebab Ammar dan Amir macam dengki je mula la membuat macam-macam aksi tarik perhatian.

Jadi saya perlu berubah, perlu memikirkan alternatif lain supaya kami ada aktiviti tanpa menunggu hubby. Jika hubby ada jadi hubby akan join kami sekali , jika tiada kami tetap boleh beraktiviti :)

Akhirnya dengan izin Allah,cuaca pagi yang baik,segar dan tenang membawa kami ke Taman Seri Empangan Putrajaya.


Berkelah, berjogging dan melayan anak-anak bermain.

Untuk kali ni ibu Wahidah bawa bihun Singapore dan sup cendawan. Ammar sangat suka sup cendawan 2 mangkuk habis..

Ibu Madihah bawa kek karamel yang gebus,berwarna warni dan kek **tak tau apa nama** tapi berlapis2 hijau pandan dan kuning hehehehe...sedapppppppppp..Amir suka!

Saya? saya hanya membawa sandwich,kacang panggang dan keropok lekor!


Sangat seronok tengok anak-anak gembira..Madihah mengekek ketawa nak ikut Ammar dan Amir lari..Umi semput megejar Ammar dan Amir yang terlalu laju berlari!!!

Kami berjalan sepanjang tasik sampai lenguh kaki..

Angin pun bertiup kuat menyebabkan mata menjadi layu ditambah pulak perut sudah kenyang..next round boleh bawa tikar besar sket dan toto kecik untuk membetulkan tulang belakang hehehe..tak gitu ayah Madihah? hehe

Jam 12 barula semua berangkat pulang ...harap-harap aktiviti hujung minggu ini dapat diteruskan lagi yer kawan2 ..next plan naik cruise beramai-ramai dan berkelah/memancing/berbasikal di wetland!

Tiada ulasan: