Rabu, 10 Ogos 2011

10 ramadan :)

Tahun ini senang nak kira berapa ramadan sebab bersamaan dengan kalendar biasa
Alhamdullilah , saya masih berpuasa :P ;)

Rutin semasa berpuasa lebih sibuk sebenarnya. Mungkin hanya untuk ibu-ibu sahaja atau bapa-bapa juga sibuk. Biasanya staf kerajaan di Putrajaya ini akan tukar waktu masuk bekerja ,ada yang masuk pukul 7.30 pagi supaya boleh balik jam 4.30 petang dan kebanyakannya akan masuk jam 8.00 pagi jadi pukul 5.00 petang sudah boleh balik tetapi saya kekal dengan masuk kerja jam 8.30 pagi dan balik pukul 5.30 petang. Pagi-pagi pergi kerja dalam jam 8.00 jalan sudah lengang,ramai dah masuk bekerja awal..bagus juga bagi saya,pemandu kereta yang tidak pakar memandu :)


------------------------------------------------------------------------------------------

Ammar : "Umi, Ammar nak puasa jugak la, puasa tak boleh makan nasi ,tak boleh minum susu,boleh makan roti je kan umi?kan umi?


Umi Ammar dah nak gelak hehe mana pulak la belajar cakap macam ni..


Umi : " Tak ,puasa tak boleh makan nasi,tak boleh minum susu..tak boleh makan dan minum apa pun dari pagi sampai petang, petang dah azan baru makan..Ammar larat ke?"


Ammar : " Tak ,Ammar makan roti je"


Aishhh suka ati la Ammar la..

Sekarang Ammar banyak sungguh bercakap, kadang tak henti-henti sampai kena sergah dengan abi yang sudah serabut mendengar celoteh Ammar..hehehe.Kadang-kadang biler ajak makan nasi jawabnya,"Ammar puasa!" dengan muka yang selamba."Ammar nak coco crunch je!" boleh?puasa pastu nak coco crunch.hehe..Pengenalan puasa baru kepada Ammar dan juga solat tarawih.


Itu kisah Ammar. Amir?Amir belum memahami lagi tentang puasa...Amir sekarang banyak guna perkataan apa?kenapa? ..letih nak jawab.Kadang tak jawab Amir marah woo,tak pun nangis pasal umi dia dah serabut jawab soalan sama je sebab selagi tak puas hati balik-balik tanya soalan yang sama.huhuhu


----------------------------------------------------------------------------------------


Pada 5 Ramadan yang lepas mak kepada Mama Mazni telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Baru je 4 ramadan saya dan Ayah Wan menziarahi..Sabtu, 6 Ramadan ..saya,Ayah Wan dan Ibu Madihah pergi melawat untuk penghormatan terakhir bagi jenazah...Cuaca pun mendung je..sayu je rasa..Hubby ditugaskan menjaga Ammar,Amir dan Madihah di rumah pasal dia pun baru balik kerja pagi tu.


Ini kali kedua saya menziarah sampai la ke kubur. Biasanya hanya ziarah dan tunggu di rumah sahaja. Jenazah pun dikebumikan di Persint 20, Putrajaya. Apa yang menariknya ini kali pertama juga melihat kawasan perkuburan yang dijaga sungguh rapi, siap ada lot2 tanah, kubur juga tersusun elok, ada jalan untuk pejalan kaki, kereta jenazah dan kenderaan untuk mengorek kubur. Khemah dan tikar juga disediakan untuk tempat berteduh ketika bacaan talkin. Semua di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya.


Kali pertama juga mendengar talkin secara terang dan jelas dari awal hingga akhir..Ya Allah , Sesungguhnya mati itu benar! Rasa takut, insaf dan mula terbayang begini la keadaannya aku nanti..Sehari semalam saya duduk membayangkan nya.


Ya Allah matikan lah kami dalam iman, jauhi la kami dari siksa kubur ya Allah. Ameen.


Selesainya kita berpuasa hari ini makan tinggal la 20 hari lagi berpuasa..ingatan untuk diri dan kawan-kawan rebutlah peluang yang ada ..semoga kita diberi kesihatan dan kecergasan fizikal ,mental dan emosi untuk meneruskan ibadah di bulan puasa ini.Ameen.


Dalam majalah solusi edisi Ramadan dan Syawal tajuknya mengamit rasa sayu ,Andainya Ini Ramadan Terakhir ,Layakkah kita berhari raya? dan baru saya perasan tagline majalah ni, Perjalanan Menuju Kematian Bermula Sebaik Sahaja Kita Dilahirkan...ada banyak ilmu di dalamnya, beli la yer :)

Tiada ulasan: