Rabu, 20 Julai 2011

Rezeki yang diberi dan diambil kembali

Andaikata satu hari tiba-tiba ada seseorang menghadiahkan anda sebentuk cincin berlian yang berharga jutaan ringgit,apakah yang anda rasa?GEMBIRA?BAHAGIA TAK TERHINGGA?TERHARU?TERKEJUT?TAK SANGKA RASA NAK PELUK ORANG ITU?SEPERTI BERADA DI ALAM MIMPI?@ apa sahaja yang anda rasai, kemudian secara tiba-tiba cincin berlian yang indah itu diminta dipulangkan kembali oleh si pemberi..pada masa itu apa pula yang anda akan rasa?????????????SEDIH?TAK SANGGUP NAK BERI SEMULA?SAYU?HIBA?MENANGIS MERONTA-RONTA?


Apa yang anda rasa dengan apa yang saya rasa sekarang mungkin sama.Bezanya saya tidak mendapat cincin berlian, tetapi kurnian rezeki olehNYA yang lebih berharga...3 bulan yang lepas saya disahkan mengandung tetapi pada hari ni Allah dah mengambilnya kembali...bayi kami telah meninggal tanpa disedari. Setelah pemeriksaan pada minggu ke-13 kehamilan dan hasil dari scan dari doktor Klinik Kesihatan dan Hospital Putrajaya, kami disahkan bayi dalam kandungan sudah meninggal dengan sendirinya, tidak berkembang, tiada degupan jantung dan umurnya 7 minggu 2 hari, tidak seperti yang sepatutnya iaitu 13 minggu. Puncanya UNKNOWN dan menurut doktor biasanya 90% bayi tidak normal..hendak dikatakan hormon badan si ibu last pemeriksaan hormon saya adalah normal dan hendak dikatakan antibodi saya bermasalah, doktor menyatakan agak mustahil sebab saya sudah melahirkan 2 orang anak sebelum ini. Jadi apakah sebabnya? ini namanya sudah Takdir Allah. Sedih memang la sedih , kesedihan seorang ibu hanya ibu-ibu sahaja la yang memahami. Dia masih ada di dalam perut saya tapi hakikatnya dia telah tiada...


Memandangkan bayi saya tidak mahu keluar dengan sendiri, saya tidak langsung rasa seperti hendak keguguran, tidak langsung bleeding jadi D&C perlu dilakukan. Pada masa tu antara sedih dan redha, antara takut dan pasrah , antara jadilah orang yang pemikiran positif dan negatif berselang seli hadir dalam fikiran dan emosi. Dugaan kali ini pun bertimpa-timpa datang. Dalam keadaan saya perlu di d&c, tunang SIL Lina kemalangan jalanraya, boleh dikatakan kecederaan nya parah juga dan kemungkinan kenduri kawin 16/9 ini terpaksa ditangguhkan.Kemudian didatangi berita ayah long saya meninggal kerana asthma. Kiranya ziarah saya sewaktu balik ke kampung bebaru ini adalah kali terakhir berjumpa dengannya.Redha dengan pemergiannya kerana saya juga tidak sanggup melihat ayah long menderita dengan asthma dan badannya hanya tinggal kulit dan tulang sahaja. Sewaktu melihatnya terasa seolah-olah nafas saya pun turut sama sempit dan semput.


"Semua perkara bagi orang mukmin itu baik. Jika mendapat nikmat bersyukurlah, dan jika mendapat musibah bersabarlah. Semoga musibah itu menjadi pahala"


Berbekalkan kata-kata diatas akhirnya pada 13/7 bebaru ini saya masuk wad untuk d&c dan pada 14/7 setelah dalam 15 jam berpuasa akhirnya nama saya dipanggil untuk ke dewan bedah bagi tujuan d&c. Pada masa tu, doktor pelatih pun jerit,"yey akhirnya panggil jugak!" ..saya pun turut sama ,"yey alhamdullilah tapi takut ni doktor"..tahun ini, ini kali kedua saya dimasukkan ke dewan bedah. Saya memilih untuk dibius separuh untuk kali ini. Proses d&c nya cuma sekejap sahaja, hubby cakap dalam masa 10 minit sahaja. Selepas selesai dan dibawa keluar untuk proses pemulihan, badan saya tak semena mengigil yang teramat sangat. Bukan kerana sejuk kerana saya duduk dibawah warmer..saya mengadu pada nurse bertugas kenapa saya mengigil termat ni sedangkan saya tak sejuk dan saya mula rasa asthma menyerang. Nurse bertugas tanya," Di wad ada ubat ke?" saya jawab,"ada"..nurse pun telefon wad minta bawakan ubat. Kemudian nurse telefon doktor bagitau saya mengigil sangat. Doktor minta lajukan drip air masuk ke dalam badan dan beri saya oksigen. Alhamdullilah ubat asthma saya sampai dan selepas sedut semput hilang. Gigil pun setelah masuk botol yang ketiga saya semakin OK. Bila doktor datang melawat saya tanya,"kenapa saya gigil doktor?" jawab doktor," u dehidrat, lama sangat berpuasa sepatutnya di dalam wad dah drip air awal-awal,nanti sampai wad minum air banyak-banyak dan kalau rasa ok boleh terus makan".


Sampai di wad alhamdullilah saya semakin ok, gigil pun hilang dan saya boleh makan tanpa muntah. Lebih kurang jam 9.00 malam ,bila rasa kebas dah mula hilang saya cuba bangun, alhamdullilah juga saya tidak pening atau pitam semasa berjalan. Dugaan datang lagi bila mana saya tak boleh buang air kecil, berkali-kali cuba saya tidak boleh membuang. Risau dengan keadaan diri saya berjalan keluar beritahu nurse. Nurse minta cuba lagi, pancurkan air banyak-banyak dan bayangkan air terjun,katanya kalau masuk tiub sakit. Mendengar perkataan sakit saya berusaha untuk buang air sendiri..bermacam-macam cara,bermacam-macam aksi akhirnya,alhamdullilah berjaya.lega tak terkata!syukur sangat padaNya masa tu.



Alhamdullilah esoknya selepas solat Jumaat saya sudah keluar dari wad. Doktor pakar cakap,"Don't worry, common sekarang ni sekurang-kurangnya sekali seumur hidup akan pernah keguguran. Kalau tak keguguran kira orang yang beruntung la tu"


Semasa di wad saya bersembang dengan ramai ibu-ibu yang punyai masalah masing-masing untuk melahirkan anak kesayangan ke dunia. Ada yang talasemia, ada sudah 3 kali mengandung -kali pertama gugur, kali kedua anak meninggal ketika 8 bln dan ini yang ketiga tetapi yang pertama bakal lahir, ada yang terpaksa duduk lama di wad kerana uri dibawah, ada yang bayi pra matang, ada juga sedang nazak kanser rahim pada umur 27 tahun. Ya Allah betapa dugaan saya cuma kecil jika dibandingkan dengan mereka. Jadikanlah daku hambaMu yang tahu erti bersyukur.Ameen.


Sekarang saya dalam tempoh berpantang..saya cuba sedaya upaya untuk berpantang selama 44 hari seperti saranan ibuku itu. Makan ubat ikut peraturan. Makan makanan sama seperti ibu bersalin. Dan tidak dinafikan dalam tempoh ini saya menjadi sensitif. Setakat hari ini hari ke-6 selepas d&c semua masih seperti yang diaturkan. Chaiyok la!


Inna ma'al 'usri yusra.Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan.



Saya berdoa dan berharap begitulah. Semoga saya kembali sihat dan boleh meneruskan ibadah puasa pada tahun ini dan cukuplah ya Allah 2 kali ke dewan bedah. Ameen.

Tiada ulasan: