Minggu ni Putrajaya kerap hujan petang..jadi tak dapat le nak berjalan2 di tasik ...huhuhu
Minggu ni juga mood keje sangat le tidak memberangsangkan..sebab Isnin dan Selasa bercuti..huhu...
Minggu ni juga kali pertama tengok wayang 3D..wahhh kagum sehhh..citer Thor..abi kata citer budak2..tapi kiter tak kisah pun sebab nak tengok 3D tu rupanya camne la dan hero dia hensem jugak eh
Minggu ni Ammar ada soklan mencabar minda yang baru;
"Umi, kenapa pokok tak lari hari nak ujan ni,kaki pokok kat mana?mata ia mana?"
Ha jawab..jawab..jawab...;)
Tengok daun-daun kering berterbangan di tiup angin dia boleh cakap,"Ha tu ia lari la tu takut hujan ek" huhuhu
Saya ingat otak Ammar berpusing ligat sejak dua menjak ni berfikir apa beza manusia dengan kucing,rimau, pokok dan segala disekitarnya.
Kalau tengok citer tentang binatang biasanya Ammar akan selalu tanya,"Mana mak ia ni umi,mana ayah ia ni? sian ia ,ia kena tinggal ni" **ia=dia
Kadang seronok nak layan, kadang tak larat nak layan..suruh diam boleh?
Rasa nak tengok citer Nur Kasih plak ni..jom abi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan