Serasa diri ini
terpinggir di batasan sepi
tak sesiapa menemani
Di dalam sepi ini
kembali ku mengigati mu
lalu hati jadi rindu
Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan meyiksakan
Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
tak terluput kenangan indah di antara kita
di dalam sepi itu
bertahta bayangan diri mu
mencengkam sanubari ku..........
Semalam saya tengok drama melayu tajuknya wali..pelakonnya Rita Rudiani, Liza Othman, Norman Akim, Tarmimi Serigar..citer tentang seorang anak perempuan mencari ayahnya untuk menjadi wali perkahwinannya. Ayahnya, pondan.
Apa kaitan dengan lirik yang saya catat dengan cerita wali? Saya selalu percaya bahawa pemilihan lagu yang tepat bagi sesebuah cerita akan membangkitkan satu rasa yang menusuk kalbu dan satu rasa penjiwaan terhadap klimaks sesuatu cerita.
Semalam ketika seorang ayah dan pondan bergelut dalam perasaannya sama ada mahu kembali kepangkuan keluarga atau kekal hidup dalam dunia terasingnya lagu ini dimainkan ,amat meruntun perasaan. Dia tinggalkan isteri dan anak perempuannya kerana tak tahan dihina dan tak mau isteri dan anaknya tertekan dan malu dengan dirinya.
Aku terperangkap dalam diri.....sampai ke malam semalam saya juga terperangkap dalam fikiran.
Perlu ke kita menghina-hina golongan ni yer? dengan menghina,mencerca agak2 diaorang nak dengar ke kata2 kita untuk keluar dari dunia tu?
Teringat saya pada seseorang, saya panggil dia Cu Nan..dia lelaki lembut..tangan nyer selalu melentik tapi fizikalnya lelaki,suara lelaki,dia bersolat...tak de apa yang terdetik di hati saya untuk suka@benci dengannya. Saya nuetral saje melihatnya, menerima dia seadanya sahaja.
Masa saya bersekolah rendah , ada seorang opis boy pun lembut2 gak..kami panggil abang syed dah pencen agaknya abang syed ni..dah kawin ada anak...saya pernah tanya abah,abah kata,abang syed dah taubat dah,tak macam dulu.
hmmm..renung2kan.
Selebihnya..lagu di atas lagu Sudirman..Saya juga peminat Sudirman. Dulu saya ada komiknya dan pernah gunting cerita2 mengenainya dan kartun2 tampal dalam sebuah buku log. Agaknya ada lagi tak buku tu di rumah Pekan. Saya stop kumpul lepas arwah meninggal.Saya jadi sayu bila menghayati lirik lagu ni dan dikaitkan dengan kisah cinta arwah dan bekas isterinya. Al-fatihah buat Sudirman.
Dan saya juga pernah cuba buat satu komik berdasarkan lagi Sudirman ,"Milik Siapakah Gadis Itu?" Ingat lagi masa tu kelas lukisan tingkatan 3 rasanya, Cikgu Murad yang garang itu mengajar, jadi dia mintak kami buat komik. Ramai yang buat komik yang kelakar tapi saya memilih untuk buat komik yang kisahnya, seorang mencari cinta, dia mencari dan terus mencari tapi malangnya yang dia cari dan dia jumpai telah tiada di mukabumi. Hanya igauan dan angan2 yang tak mungkin kesampaian ;) Ada kaitan dengan diri saya sebenarnya komik tu...dulu saya pernah suka seseorang dalam kelas saya tu tapi saya seorang je yang tau tapi dia budak pandai, kiranya bermimpi di siang hari la kan suka kat orang cenggitu, dia pandang kiter pun tak...kiranya angan2 tu jauh cam langit dgn bumi nak tercapai tetapi saya masih bleh tersenyum sebab dia minta nak baca komik yang saya buat tu..dia bawa ke tempatnya dan kushyuk membaca...kembang hati masa tu hehehe...ustazah saya pernah cakap kalau kiter suka sangat seseorang kiter simpan dalam hati, insya allah ada pahala untuk kiter..ye ke?..citer lama semasa dalam proses membesar jadi saya kira saya budak perempuan yang normal la kan ada rasa suka kat lelaki masa tu muahahahaha...skang ada seorang yang diminati tu dalam FB saya..1 kali je saya tegur dia lepas tu tak de dah sebab sekarang chenta hatiku adalah suami ku sahaja :)
Melalut ke laut dah!
Solat Subuh dulu ler ..tata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan