Isnin, 21 Mac 2011

Macam-macam ceriter yang nak diluahkan

Pagi tadi.

Kata abi, Amir melangkah perlahan-lahan masuk ke muka pintu taska sebab hari ini abang Ammar masih tak ke taska. Hanya adik yang pergi. Sama ada adik faham atau tidak kenapa abang tak pergi sekolah, umi pun tak tau.


Perbualan Abang kepada Adik.
"Adik pergi cekolah, Ammar pergi hocipetal dengan abi, umi keje..adik cekolah yer"

Adik diam pandang Ammar terkulat-kulat. Mencerna percakapan Ammar barangkali.


Apa dah jadi dengan Ammar? N3 yang lepas ada saya ceritakan kisah demam Ammar dan Amir.
Hampir 2 minggu sebenarnya demam mereka ON /OFF secara bergilir-gilir. Demam, selsema dan sedikit batuk - biler Ammar dah sihat, Amir pulak sambung bergilir-gilir.

Kesudahannya hari Jumaat nan silam saya mintak hubby bawa Ammar ke klinik kerajaan pulak. Kena ambil darah lagi.huhuhu.Hasilnya doktor kata ada sedikit kelainan pada degupan jantung Ammar. 3 doktor Ammar jumpa pada hari tu dan kata-katanya masih sama. Doktor bagitau mungkin sebab demam dan biler dia dah ok demam pergi check semula degupan jantung dia.

Saya di opis sudah tak boleh fokus bekerja, saya tak boleh bercuti ..bos bercuti..staff se unit pun ada berkursus dan ada yang ke Kelana Jaya jadi saya la seorang yang tinggal wakil unit. Bayangkan ari tu, saya tersalah naik lif hampir 3 kali. Nak ke tingkat 5, saya p tekan tingkat 1. Nak ke tingkat 9 Selatan, saya boleh sampai ke 9 Utara. Nak ke tingkat 7 Selatan, p ke 5 Selatan.Eh kenapa turun naik lif ni? Saya dipanggil mesyuarat secara tiba-tiba. Betapa saya hanya memikirkan pasal jantung Ammar.

Berusaha la saya untuk menurunkan panas badan mereka berdua secara amalan petua mak saya pulak. Ambil bawang merah jantan dan sedikit habatus sauda di perah dalam air dan letak atas kepala kemudian embunkan air + nasi semalaman dan mandikan mereka berdua. Hasilnya 2 hari sahaja saya buat suhu mereka dah turun dan tak demam sejak Sabtu sampai hari ini.

Memandangkan Ammar sudah tak demam pada hari Sabtu, kami bawa dia ke klinik Lita Alis untuk check degupan jantung. Saya dengan penuh harapan agar OK tapi malangnya resultnya masih sama. Degupan jantung Ammar pelik. Kata doktor, degupan jangtung Ammar tidak ikut irama/kiraan yang sepatutnya. Jadi doktor bagi refer letter untuk jumpa pakar. Hari ini Ammar akan ke KPJ bersama abi. Rasanya nak sahaja saya EL tapi apakan daya saya menanggung tugas bos sepanjang dia bercuti. Doa kami mengiringi Ammar Yasir.

no 1

no 2

no 3

Kenapa dengan gambor termometer di atas eh? Saya nak berkongsi cerita pasal termometer. Dulu saya menggunakan termometer no. 3 tetapi sejak 2 menjak anak2 dah besar ni , diaorang tak mau pakai termometer tu. letak di celah ketiak kena tunggu lama untuk dapatkan suhu badan. Bila dah jadi kes Ammar ni, saya gigih la mencari termometer yang boleh mendapatkan suhu badan dengan cepat. Itu la termometer digital di no 1 dan no 2. Mahal memang mahal rm100 lebih tetapi berbaloi-baloi. letak di telinga hanya 1 saat sahaja dah dapat suhu badan mereka.

Jenama microlife. 2 years warranty.
Multiple use - body temperature, milk surface temperature, surface temperaure of baby's bath, ambient temperature.
Gentle and easy to use
auto display memory
ada fever alarm
safe and hygienic

Saya sangat mencadangkan semua parent ada ear digital thermometer ini di rumah :) Sejak Jumaat sampai Isnin hari-hari pantau suhu badan diaorang berdua.

Habis story pasal termometer. Ni nak story pasal botol susu plak.


Semua tau kan pengharaman penjualan botol susu yang ada BPA bermula 12 Mac 2012. Gigih la saya membaca dan mencari botol susu BPA free. Pergi Parkson,Alamanda..waaa kebanyakan botol BPA free dah habis kata promoter. Ramai orang datang beli kak! - saya parent yang slow ke? promoter tu cakap botol biasa ni boleh guna lagi kak cuma jangan rendam air panas je. Basuh dengan pencuci khas botol susu. Saya tanya dia, kita buat susu tu pakai air panas? buat susu tak pe cuma jangan remdam air panas je. Betul ke gitu?


Sebelum ini saya pakai aje semua botol susu, tak kira jenama tetapi saya berusaha untuk tukar botol susu Ammar dan Amir sebulan sekali. paling lama diaorang pakai 2 bulan sebab umi dia pelupa..tiap kali p pasaraya dok ingat nok beli balik umoh nak buat susu anok baru ingat! cenggitu la umi mereka kan! ;)


Meh kongsi ilmu bersumberkan Kementerian Kesihatan Malaysia.


1. Apakah itu polikarbonat?

Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.


2. Apa itu bisphenol A (BPA)?

BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.


3. Bagaimana menenali botol susu bayi polikarbonat?

Botol susu bayi boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa di dapati di bawah botol susu bayi iaitu nombor 7,nombor 7 dan PC dan nombot 7 dan 'other'.


4. Apakah kesan BPA ke atas kesihatan manusia?

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.


5. Bagaimanakah bayi boleh terdedah dengan BPA melalui botol susu polikarbonat?

BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut : permukaan dalam botol susu bayi yang calar dan rosak dan air panas dimasukkan terus ke dalam borol susu bayi. (dah terjawab jawapan untuk promoter tadi)


6. Apakah langkah berjaga-jaga sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat?

Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga berikut :

i. Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekirannya ada. Jika tiada pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

ii. Elakkan menggunakan air panas terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

iii. Guna peralatan pencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalamnya menjadi rosak dan bercalar.

iv. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekirannya tiada kerosakan , botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

v. Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

7. Apakah cara terbaik untuk pengguna sekiranya menggunakan air panas untuk menyediakan bancuhan susu dalam botol susu bayi polikarbonat?

Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dadulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.


8. Apakah alternatif botol susu bayi yang terdapat di pasaran?

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti di buat dari polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.


9. Apakah negara-negara yang telah melarang penjualan botol susu bayi polikarbonat?
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman,Perancis,Denmark,Kanada,Australia,New Zealan dan negeri New York ni Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharamana botol susu bayi polikarbonat yang mengadungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.


10. Apakah puting susu bayi mengandungi BPA?
Tidak. Puting susu biasanya diperbuat daripada silikon dan getah.


11. Bagaimana keadaan pengguna yang pernah atau telah lama menggunakan botol susu bayi polikarbonat?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini di ambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada buti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko seperti bayi.Tindakan pengharamana di ambil berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini. Walau bagaimanapun pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memerikasa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar dan rosak iainya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada sila la tukar yer :)
Ini botol susu Ammar dan Amir yang BPA free. (basah baru basuh)


yang ini BPA..dia punya kilat lain sket dari BPA free

tengok ada beza ke?

Dah abis citer pasal botol susu. Skang nak citer pasal berat badan pulak. tahu tak macam mana nak kira berat badan ideal anak2. ini formula nya:


BERAT IDEAL = UMUR x 2 + 8

Ammar : 4 x 2 + 8 = 16 kg
Berat Ammar sekarang 14 kg jadi kena naik 2 kg dalam masa 6 bulan dari sekarang.

Amir : 2.6 x 2 + 8 = 13.2 kg
Berat Amir sekarang 11.9 kg jadi kena naik 1.3 kg dalam masa 6 bulan dari sekarang.


Citer penutup tirai plak.

Weekend nan silam ada pertunjukan belon panas..kami kunun-kununnya hendaklah nonton belon2 ittew tetapi orang ramai, jalan sesak. Jadi kiter nonton dari jauh sahaja..dari dalam kereta.


Walau pun begitu, umi mereka masih gigih berjalan kaki yang AMAT JAUH untuk mendapatkan belon sepan ini..nak jalan pun susah eh ramai sangat orang, tu la tersilap janji kat Ammar dan Amir nak beli belon..tetiba je insaf kat situ! time hiburan cenggini ramai benor orang eh cer buat ceramah kat masjid besi tu ada tak seramai ni??? gigih saya berjalan dari bangunan kementerian mana entah dekat2 Masjid Besi tu sampai la ke opisku Kastam menunggu en hubby pusing semula. Hati dah panas ni en hubby kata dia pun jalan jauh jugak..apakah? dia mendrive kete gue menghayun kaki kiri kanan kiri kanan sambil bawak 2 belon sepan..sib baik ada pengantin tengah posing amik gambo..ralit pulok tengok mereka mengabadikan gambo kawin di bangunan kastam hehehe.staff agaknya.

oh lupa nak citer hal diet tu kan..saya dah turun 76 kg tetapi belum membanggakan sangat..kalau turun ke 70 kg baru rasa berjayanya diet!!!!pastu turun lagi 65 kg waaa sekampung ler bikin kecoh hehehehehe (dengan adik beradik je la kecohnya pun).chaiyok!chaiyok!

Tiada ulasan: