Isnin, 7 Mac 2011

1..2..3..MULA!

Mula!Mulakan hari anda dengan senyuman! (ye ke?)


Weekend nan silam saya berada di kampung.bertolak dari Putrajaya lebih kurang jam 3.30 petang singgah di Temerloh untuk solat dan mandi kemudian baru la ke Pekan. Sampai Pekan pun dah 9.30 malam..Ammar demam pulak! panas hangat badannya, saya pun tak tau la pukul brapa tetido pasal risau..masuk ubat demam ikut buntut pun masih panas juga badannya..last2 mandikan dia dan siram badan dengan air asam jawa.Kesimpulannya Ammar dan Amir kurang sihat balik kampung kali ini, depa demam,batuk,selsema. Hari ini ke taska pun hingus masih meleleh dan batuk.


Seperti sedia maklum abah saya tak sihat. Result last check up gula dan garam tinggi dalam darah, buah pinggang dah rosak tahap 3.Doktor pesan kalau sampai tahap 4 nanti perlu di cuci buah pinggang nya. Kuman dalam darah dah takde tapi masih perlu continue antibiotik sampai bulan 5. Abah saya memang terkenal dengan kedegilannya, kalau dia kata A maka A la..kalau B maka B..bangkang kalu..mata sudah terjegil merah..rotan sudah menari-nari depan mata (kecik2 dulu la)..sekarang saya pula cakap cik mat nor ni nak kena rotan tak mau pantang makan..dia gelak2 kan saya je. Rumit,Sulit, Buntu kalau nak suruh abah saya berpantang makan! Katanya kalau dia tak makan apa yang dia nak makan nanti dia nak berjalan pun tak larat..biler di cakap OK lah boleh makan tapi makan sket je..kejap2 dia nak makan..kejap2 nak makan sebab tak kenyang orang bagi makan sket jadi kesudahannya makan jer la abah...hari Sabtu saya nak balik, dia kena ambil darah di Hospital Pekan. Sudah cucuk insulin pun bacaan gulanya 7.5..kalau tak cucuk insulin tak tau le berapa.


Beralih ke FIL saya pula ..keadaannya masih tak berubah macam tu je..mata pun saya kira langsung dah tak nampak..berkali-kali dia mintak bedah la mata dia ni bagi nampak tapi bukan senang nak buat pembedahan bagi orang yang sakit macam FIL.


Bercerita tentang sakit2 semua, saya pun sakit juga.


Wajib la ada kesedaran diri eh! jaga la makan,minum, bersenam segala untuk kekal sihat.


24/2 nan silam saya dan hubby ada timbang dekat mines yang kuar resit tu.Keputusannya :


Hubby dulu la eh - weight : 82.1 kg Height :177.5 cm. STANDARD WEIGHT : 59.9KG-78.8KG


Saya - weight :78.1 kg Height : 165 cm (MAKIN RENDAH KE SAYA?DULU TINGGI 167!) STANDARD WEIGHT : 51.7KG-68.1KG


wahh best la hubby kena turun 3.3 KG je! saya 10 kg tuhhhhhhhhhhh!!!!!nak turun ke berat cam anak dara 51.7 kg rasa mustahil la pulok nih!


JOM LA 1..2..3 MULA KAN DIET ATKINS.


nak tau lebih mengenainya sila la ke http://www.taknakgemuk.com/ atau blog kak pnut- i love u la kak memang sesuwai jadi pustakawan...info nya memang membantu.


Mama Mazni dan Ayah Wan bilakah anda mahu mula bersama-sama ni?

Tiada ulasan: