Sabtu, 26 Julai 2014

Sawang, Ramadan, Aidilfitri

Subahanallah, lama terlalu lama tidak mencoretkan sesuatu di sini.

Akhir coretan, Aidilfitri tahun lepas.

Ia bersawang.

Alhamdullilah, terima kasih ya Allah masih memanjangkan usia menjalani ibadah puasa 1435h. Hari ini hari ke 28 Ramadan.

Jiwa semangat untuk beraya, belum terasa. Mungkin faktor usia yang sudah tua atau mungkin terlalu banyak kisah duka di Ramadan kali ini.

Kami masih belum balik kampung. Belum berkemas. Rasa mahu bersederhana dari segi fizikal, mental dan emosi Aidilfitri kali ini kerana baru tersedar rupa-rupanya diluar sana ramai di kalangan kita yang sedang menderita fizikal, mental dan emosi mereka. Ya Allah bantulah kami dengan kekacauan dan fitnah akhir zaman ini, kezaliman dan kekejaman yang melata.

Kurniakan kami kesabaran, taufik dan hidayah MU. Kami memohon menjadi seperti kami di bulan Ramadan untuk bulan seterusnya-Mencari keampunan, rahmat dan redha Mu.

Salam Aidilfitri. Sahur hari ke 28.



Selasa, 13 Ogos 2013

Dugaan kecil,besar dan meraikan kemerdekaan diri

Saya mengantuk.

Saya sedang malas hendak bekerja.

Saya blur.

Jalan ke tempat kerja hari ini boleh dikatakan lengang, tak banyak kereta. Masih ramai lagi sedang bercuti raya. Berbahagialah mereka yang sedang bercuti :)

Sesampai di pejabat saya fikir saya mesti ke kafe untuk beli makanan dan bancuh milo panas untuk duduk bertenang-tenang sambil mengimbas kembali kerja apa yang belum selesai dan perlu dibuat..malangnya kafe masih tutup! Pilihannya keluar mencari makanan atau berdiet!

Hari ini sudah 6 syawal..sudah 6 hari juga ramadan berlalu pergi ..sepanjang melaluinya juga ada macam-macam dugaan kecil dan besar ditempuh.

Hanya kita sahaja yang tahu tahap dugaan tersebut kecil atau besar.

Dan hanya kita sahaja yang tahu sejauh mana kita sudah mampu meraikan "kemerdekaan diri" kita sendiri.

Sukar.

Sulit.

Menuntut kesabaran, kesungguhan...hidayah itu perlu dicari, digali, perubahan, diuji.

Salam Aidilfitri :)


Selasa, 30 Julai 2013

qiam vs cookies

Assalamualaikum..ini kali pertama saya update blog menggunakan tab ...ok , apa yang disibuk-sibukkan di akhir ramadan ini? Errr shopping baju raya...jadi perempuan lebih leceh, mula kena cari kain,kena pergi tempah ...last sekali kena cari tudung yang sesuai...jadi lelaki lebih simple rasanya...apa-apa jer lar...shopping lar di siang hari supaya malam boleh berterawih...ok :)...

Tahun ini saya memang berhajat untuk membuat cookies..saya sudah lupa bila kali,terakhir saya bersengkang mata dengan kakak dan adik membuat cookies untuk raya...masa tu rasanya zaman tidak ada biskut raya dijual secara besar-besaran seperti sekarang...bila dikenang-kenang , ada kenangan manis di situ

Jadi saya mahu pengalaman dan kenangan itu ada juga dalam ingatan ammar dan amir walaupum mereka boboi...abi mereka pun ada kenangan membuat kuih raya, dulu-dulu punya kuih takde lar almond london,tart berbagai..ada pun kuih bahulu,maruku paling moden sikit kuih loyang ataupun biskut makmur

Ok berbekalkan offer oven di aeon big ..oven paling kecil dengan harga cuma rm100, ammar dan amir sudah mencipta pengalaman membuat cornflakes madu dan biskut mazola...seronok diaorang ,kalau boleh semua nak buat sendiri, ummi tengok je ..amboooiiiii...tolong sambil bermain!

Diakhir ramadan antara qiam vs bersengkang mata membuat cookies, pilih la qiam..cookies? Jadikan ia aktiviti di siang hari semasa weekend..yer saya buat weekend di siang hari dengan kekok kerana terlalu lama tidak membuat kuih raya sendiri...rasanya bertawakal sahaja mengikut resepi..tukang rasa boboi lar ..kuncinya kalau berkali-kali ulang makan tu sedap lar tu hehehehe...

Semoga kita di beri keampunan dan semoga di malam lailatul qadar itu kita adalah salah seorang dari hambanya yang sedang memohon keampunan..ameen ya Allah


Isnin, 8 Julai 2013

Salam Ramadan

Salam ramadan semua semoga dipanjangkan umur mengharungi ramadan kali ini..ameen..
lagu ni , boleh dikatakan setiap pagi jika saya tidak sibuk akan dipasang..selalu mendengar dalam versi arab jarang sekali dapat meneliti maknanya dalam bahasa melayu..kekadang saya akan duduk diam-diam meneliti maksudnya, saya mesti menitiskan air mata..moga dapat kami bertemu mu ya Rasullulah.

Lau kana bainana


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Selasa, 18 Jun 2013

nasyid dan doa kesukaan Ammar dan Amir

Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi
Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa
Pohonkan ampunan dariNya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam
Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu
Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpinNya
 ***jom tahjud***

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh
***jom solat dhuha***

Alhamdullilah..:)

Bacalah..

Bacalah...sebutlah dengan nama
Tuhan yang menciptakan
Segala kejadian di dunia

Bacalah...tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan

Seluruh kasihnya telah dia curahkan
Tulus suci mengisi ruang hati
Bagai dalam dingin
Rindu berdakapan
Dengan kata syahdu
Kasih mesra bersatu
Apa yang kau tahu

Bacalah...lihatlah dengan mata
Selami sanubari
Putaran panorama hidup ini

Bacalah...tipuan mata hati
Bisikan penuh mimpi
Melamar kelalaian tidak henti

Suruhan larangan telah dia sampaikan
Jangan pilih haluan dimurka
Kelak rebah diri
Duka menangisi
Tanpa belas kasih
Disiksa saban waktu
Apa yang kau tahu

Gua hira menggamit kisah silam
Satu peristiwa nabi bersendiri
Iqra diturunkan muhammad ditabalkan
Tersuratlah sudah kalam dari Tuhan

Sekian kalinya detik waktu berlalu
Apa terus berbakti untuk dia
Membalas kasih
Syukur dengan nikmat

Amal yang bertambah
Hikmahnya kan ketemu

Khamis, 13 Jun 2013

proud mom :)

Di meja makan.

Ummi : Ok baca doa..bismillah....Allah humma bariklana fiima razaktana waqina 'azabanar
Amir : Ummi, bukan bukan camtu , cikgu ajar bukan macam tu
Ummi : Ok camne?
Amir : bismillah....allah humma bariklana.........
Ya Allah berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan lindungilah kami dari azab api neraka..amin...
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
 jemput makan ustazah
jemput makan kawan-kawan
jemput makan semua
tafadal....
ha..camtu larrr
Ummi : wa pandainya adikkk ..jom makan
*proud mummy*
tqvm to ustazah :)