Rabu, 1 Ogos 2012

Kenikmatan berpuasa

Rasa nak menulis..jadi saya menulis hari ini..

Salah satu , nikmat duniawi berbuka dan bersahur bagi saya adalah bersama keluarga di kampung. Itu yang terdetik di hati saya semasa berbuka di kampung weekend bebaru ni...Alhamdullilah dapat juga berbuka dan bersahur dengan keluarga pada tahun ini. Kami bertolak balik Jumaat petang selepas balik kerja, jalan jammed jangan cakap la agaknya semua orang baru dapat gaji jadi mestilah nak balik ke kampung.Sudahnya kami berbuka di dalam kereta je.

Seperti biasa balik ke kampung mesti singgah rumah mentua dulu dan kemudian baru ke Pekan. Ammar dan Amir tak sabar dah nak balik Pekan sebab di Pekan ramai sepupu kecik tenit lagi..balik Pekan kali ini kami berkongsi adik beradik buat pulut kuning dan rendang untuk dihantar ke surau dan tujuan lainnya untuk melunaskan rasa mengidam ibu mengandung..hee bukan saya tapi adik saya.

Apa yang menarik balik kampung kali ini, ada dua perkara..pertamanya, saya dapat mengumpul sedekah untuk tabung Palestin daripada adik beradik dan ipar..kenapa menarik sebab ini kali pertama saya mewar-warkan kepada mereka. Suka nak bercerita di sini, inilah yang saya katakan dalam entri yang lepas penggunaan FB dari sudut positif..kesedaran saya untuk mengumpul duit ini adalah biler saya membaca status seorang sahabat -sukarelawan dari GLobal Mission Peace mengigatkan supaya diwar-warkan sedekah kepada rakyat kemboja dan rohingya kepada adik-beradik,sedara mara dan kawan-kawan sebab mungkin mereka tak tahu ataupun tahu tetapi tidak tahu bagaimana nak menyalurkan sedekah tersebut. Bila saya baca status tu, otak macam tersentak..eh kenapa yer tak terfikir selama ni nak sampaikan kepada keluarga sendiri..sekurang-kurangnya saya membantu mereka menyampaikan sedekah mereka walaupun RM1 , kumpul ramai-ramai banyak la ia.

Keduanya, rasanya sudah lama dalam berpuasa tidak merasa terlalu dahaga dan letih seperti hari Isnin bebaru ni. Seingat saya, saya merasa macam tu masa zaman sekolah dan universiti je..terbayang-bayang masa zaman sekolah dalam bulan puasa ni kami adik beradik dipaksa rela membersihkan rumah- lap dinding, buang sawang, lap lantai, cermin, kerusi meja, almari senang citer semuanya mak saya nak bersihkan..huhuhu..Subahanallah dalam hati terdetik macam mana la orang somalia, kemboja, palestin, rohingya berpuasa tahun ni.Sebenarnya ianya datang bila  kami membuat 5S di rumah mentua...ada tiga kumpulan - saya di dalam rumah, suami di sekitar luar rumah, mentua di kebun kecil belakang rumah..kami MENYISIH, MENYUSUN, MENYAPU, MENYERAGAMKAN dan harap-harap ianya SENTIASA DI AMALKAN mengikut susun atur yang telah dilaksanakan. Hari Isnin hari berbuka dengan bergelas-gelas air...:) biler air masuk je ke rongga tekak terasa Ya Allah nikmatnya..ini la yang dikatakan kebahagiaan bagi orang berpuasa. Walau apapun kami rasa lega, rasa macam nak senyum sampai telinga melihat hasil dari 5S..ada banyak perkara lagi perlu diselesaikan tetapi kali ni sudah dibuat setakat yang termaksimum mampu, Insya Allah to be continue.

Cepat masa berlalu , sudah tinggal lagi 18 hari kita berpuasa..saya cuma tersedar bila sahabat baik saya, ayah Madihah sms nak berbuka beramai-ramai di Saba' Cyberjaya 14hb minggu terakhir berpuasa...bergegas saya mencari kalendar dan tengok Ya Allah dah nak habis berpuasa rupanya...Kami sebenarnya tahun ini berniat untuk menjemput cikgu-cikgu taska anak kami berbuka puasa bersama. Mungkin ini tahun terakhir mereka menjadi guru taska sebab masing-masing sudah nak berkahwin dan resign. Semoga dipermudahkan :).

Tiada ulasan: