Selasa, 22 Mac 2011

Vocal Cord

Subahanallah.
Rehatkan minda kejap.
Hari ini saya ada ujian vocal cord di Hospital Putrajaya.
Dok menung tengok orang kuar masuk kat klinik ENT tu. Sekali ada makcik india nak buat vocal cord jugak, thyriod dia dah besar dah cover keseluruhan leher dia, dok usha makcik india sampai la dia siap buat vocal cord..time dia kuar je terus menajamkan telinga nih..dia dok sembang dengan nurse yang mengiringinya, nak muntah katanya doktor jolok dalam tekak!aiseyyyy nerbes ni!
Mula la terdetik, huhu kenapa la di duga untuk mengharungi ni semua tapi beristhifar lepas tu, Allah menduga kita yang termampu oleh kita kan..kalau Allah duga kita menghadapi gempa bumi , puting beliung ke lagi teruk
Lama menunggu di klinik ENT tu sampai mintak izin nurse, saya ke toilet nanti nombor saya di panggil tunggu sat na..huhuhu
Masuk je doktor suruh duduk atas kerusi ..eh macam kerusi kat klinik gigi je..jeling peralatan fuhhh banyaknya jenis spanar ..ai nerbes!
Doktor tanya, suara pernah serak?saya jawab kalau saya batuk teruk serak la jugak.
Doktor tanya lagi, pernah rasa mengah2 sejak kena thyriod ni? contoh kalau naik tangga ke?saya jawab mengah la jugak tapi bukan sejak ada thyriod sejak saya gemok doktor!
Doktor tanya lagi bile makan ada tercekik tak atau time minum air ke tercekik? Saya jawab ada tapi tak le selalu ( nak je jawab ada doktor kalau time saya makan dengan gelojoh nya huhu)
Ujian dia senang je..duduk relaks..kuarkan lidah sepanjang yang mungkin, pastu doktor pegang lidah kita-jangan tarik balik lidah! pastu doktor masukkan satu rod panjang yang dihujungnya ada kamera ke dalam tekak..di hadapan anda ada tv jadi nampak le dalam tekak anda! biler doktor suruh sebut eeeeeeeeeeeeee sila la sebut! Tapi huhuhu saya nak muntahhhhhh tak boleh tahan...loya!
Jadi doktor tukar strategi, masuk kamera ikut hidung pulak ..ada spray ubat tahan sakit dalam idung..yang ini tak loya tapi meyeramkan! huhuhu saya tutup mata time dia masuk kamera tu..pastu doktor suruh sebut eeeeeeeeee tarik nafas eeeeeeeeeeeee tarik nafas eeeeeee! saya bukak mata time kamera nak di kuarkan ..mak aiii panjang rupanya getah yang dihujungnya ada kamera dimasukkan dalam tekak...adehai!
Keputusannya alhamdullilah peti suara/saraf peti suara saya kiri dan kanan normal.
Saya ada tanya pada doktor kenapa nak buat vocal cord ni?
Jawabnya kita nak pastikan saraf suara ok dan tidak rosak sebelum pembedahan sebab risiko pembedahan thyriod ialah boleh menyebabkan kerosakan saraf suara dan akan menyebabkan suara jadi serak/kasar.
Tapi jangan risau kes ni jarang2 berlaku tapi tidak dinafikan ianya berlaku.
OK doktor terima kasih banyak2..ok nurse terima kasih jugak.
Kuar dari hospital..menelan je rasa pahit! pastu macam ada rasa something kat tekak..macam kebas2 sket.
Saya sudah melepasinya tinggal lagi untuk di bedah.

Tiada ulasan: