Jumaat, 21 Januari 2011

Demam&Virus

Kali ni Ammar dan Amir demam lama, suhu badan turun naik..klinik swasta pun dah pergi tapi suhunya masih turun naik ..jadi kami ambil keputusan bawa ke klinik Putrajaya plak, skang klinik Putrajaya dah di buka sampai pukul 9.00 malam tetapi bermula pukul 5.00 petang urusannya di bahagian belakang klinik.


Memandangkan 2 budak tecik ni demam lebih dari 3 hari jadi kena ambil darah takut denggi..fuuuuuu dengar denggi kecut perut, memang kes denggi kat kawasan rumah banyak kes denggi agaknya sebab kadang2 time subuh dan petang ada sembur "ubat nyamuk" ..Ammar dan Amir kecut peyut dengar bunyi enjin penyembur ni kat luar rumah terus duduk diam2 mengekor je umi.


Amir cool je tak nangis pun ambil darah..kapas+pelekat pun cepat2 je suruh cabut tapi Ammar meraung huk huk huk...tak bagi cabut kapas sampai kat rumah, nak sentuh pun tak bagi..tapi yang pasti dua2 termenung panjang lepas di ambil darah..berfikir agaknya kenapa ambil darah kiter, sapa yang ambik darah kiter tu?jahat la die..hehehe


sian tangan kecik kena ambil darah

ni la rupanya budak yang sedih kena ambil darah!


Keputusan darah ,OK alhamdullilah bukan denggi..jangkitan virus je..kelenjar Amir bengkak sket..tekak Ammar merah itu pasal la dua2 orang tak selera makan..doktor bagi antibiotik untuk 5 hari makan, ubat batuk,demam dan selsema..balik rumah kena la makan ubat! Amir si cool time cucuk tu penakut makan ubat...time ni abi je boleh handle, kalau dengan umi sure kena tampar mulut pasal dia sembur ubat ke luar, silap haribulan muka umi pun boleh kena ubat!

eeeeee heeeee tak nak!tak nak!

cubaan melepaskan diri!

tak nak!tak nak!

Hari ni dah ke taska, nampak nya tak demam dah cuma selsema dan batuk je..semalam saya cakap,"esok Ammar pergi sekolah yer, umi keje tak de cuti dah"..jawabnya,"tak nak la sekolah, sapa nak kesat hingus Ammar?"..jawab umi dia,"Ammar kesat la sendiri!";P


Jadi pagi ni dua-dua bawak bekal sapu tangan untuk kesat hingus masing-masing.

2 ulasan:

ayahwan berkata...

Mengapakah budak2 ini mempunyai tabiat yg sama - suah nak makan ubat- kalau nak diberi ubat tpaksa bgusti disulami dengan suara tangisan ala2 kene dera.. tension skalz!!

nuni berkata...

yer betul memang ala2 kena dera 1 taman leh dengor suara