Rabu, 26 Januari 2011

Ammar sudah 4 tahun

Isnin 24/1/2011 Ammar Yasir bin Ahmad Safian sudah berumur 4 tahun :)

Semalam kami beli kek untuk Ammar dan Amir juga sebab haritu besday Amir jatuh dalam bulan puasa jadi takde le makan kek...

Tahun ni berlainan sket,kalau tahun sebelumnya no kek,no sambutan just wish2 macam tu jer dari umi dan abi..tapi tahun ni selain dari berniat untuk sedekah anak2 di taska makan2 , saya sebenarnya rasa kesian pada 2 orang hero ni sebab selalu juga diaorang bawak balik jajan dalam plastik pemberian besday kawan2 di taska dan pernah satu hari Ammar dapat hadiah 1 set pencil case! terima kasih kepada parents yang terlibat :)

Saya cuma tak mau Ammar dan Amir terfikir apsal dia tak pernah potong kek?bile dia nak potong kek ni dengan kawan2 ramai2 nyanyi happy birthday to u!Untuk beri diaorang rasa ada juga hari yang ISTIMEWA untuk diaorang jadi kami beli kek,cookies,sedikit jajan dan nuget untuk di makan bersama2 dengan kawan2 di taska

Walaupun abi dok cakap dia dulu tak de sambut besday pun..begitu juga saya..tapi saya jelaskan kita dari dunia,latar belakang, suasana dan pendidikan yang berbeza dari anak2 kita la abi..so dia diam -mungkin setuju @ mungkin dia berkata2 lain dalam hati dia, saya pun tak tau le hehehe

Saya sms cikgunya tanya seronok ke diaorang..budak2 lain seronok ke..cikgu kata seronok siap minta tambah kek lagi!alhamdullilah..saya pun berterima kasih pada cikgu Yani sebab sudi tolong gorengkan nuget :)

Dalam beg sekolah pun ada jajan yang dibeli,mugkin diagihkan untuk semua budak2 bawak balik agaknya.


"Ammar dan Amir potong kek yer arini?"

"haah tapi takde lilin cikgu tak bagi,cikgu bagi potong kek je" (bagusla cikgu didik anak saya begitu)

"ye ke?"
"haah ada kek je,api takde!" (api lilin huhu)

"Ammar seronok tak?"

"SERONOK!"

"Ammar makan apa tadi?"

"kek ada,nuget ada!"

"Adik potong kek tak?"

"Potong!"

"Madihah makan tak kek?"

"Makan,Madihah tak nak makan cendiri,cikgu Syima suap madihah"

"Aidl,Irfan,Mohammad?"

"Makan!"

"Tadi kawan2 ada nyanyi Happy besday to you..happy besday to Ammar dan Amir?"

"Ada!" (suruk muka malu2 kucing)


Jadi kerana hatinya BAHAGIA hari ni , Ammar tak henti2 bercerita pasal polis, pasal taska bomba, pasal bomba padam api dan macam2 pasalnya sampai letih nak melayan!last2 umi dia paksa tido,esok nak sekolah!

1 ulasan:

ayahwan berkata...

Hepi Bday Ammar!! Moga jadi anak yg soleh.. Jgn buli Madihah tau nanti uncle babab.. Haha