Isnin, 20 Disember 2010

Siri Kesakitan FIL

Tahun ini tahun sesi kesakitan yang berPANJANGAN
15/12 - Appointment di Jabatan x-ray..dah tengok thyriod saya, ukurannya 3.4 cm..nanti bulan 1 jumpa balik dr. Temujanji pukul 11.00 am tertunda sampai pukul 2.00 pm..kalut2 balik opis semula coz ada mesyuarat unit. Rasanya macam dah membulatkan tekad nak buang je thyriod ni.


16/12 -SIL call cakap FIL masuk wad coz kencingnya berdarah..penuh satu pampers darah siap bocor lagi di atas tilam, FIL dah meraung2 nangis tak tahan sakit!!!! Kami bertolak balik selepas maghrib, saya terpaksa ambil MC coz cuti tahunan sudah abis. Result dari x-ray tunjukkan ada batu karang -3 biji dalam pundi kencignya sebesar bertih jagung, dah ada darah beku block saluran kencing..itu yang menyebabkan darah tak henti keluar dan FIL sakit nak buang air kecil.


17/12 -Sesi berdolak dalik doktor berlaku, bila pada mulanya cakap nak bedah FIL kemudian tak boleh pulak nak bedah buang batu karang coz dah tua, lumpuh jadi risiko tinggi , takut ubat bius akan sebabkan risiko jantung dan strok, alternatifnya abah buat hemodalisis untuk tengok mcm mana keadaannya, memang ler FIL ada sakit buah pinggang tapi tak tau apa kaitan cuci buah pinggang dengan batu karang dalam pundi kencing?? takpe asalkan FIL OK tak menangis2,jerit2 sakit.


18/12 -Keputusan muktamad dari doktor nak bedah FIL, so dari pagi FIL dah mula berpuasa..kami pun macam dah seram sejuk juga dengar nak bedah2 ni dengan dr dok ulang2 pembedahan ni berisiko tinggi untuk FIL..dalam pukul 5.oo pm baru FIL di bawa masuk ke dewan bedah. Tanya dr katanya dalam 1-2 jam pembedahan, alih2 hampir jam 9.00 pm baru FIL kuar dari dewan bedah- 4 jam. Kami yang tunggu di luar di dah risau, ada apa2 yang berlaku ke? dah le menunggu di luar dewan bedah tu sejukkkk tahap gaban...saya pun terus kecuttttt nak bedah thyriod, itu baru duduk di luar dewan bedah..huhuhuhu..kuar dari dewan bedah FIL di hantar masuk wad semula, nak berehat katanya..tido dia kepenatan.


19/12 - Keadaan FIL dah semakin stabil..walau macam mana pun pembedahan FIL tu tak berjaya sepenuhnya, batu karang tak dapat dikeluarkan hanya darah beku yang block saluran kencing sahaja dapat dikeluarkankan..kata dr pakar tak dapat nak ambil batu karang tu coz alat asyik tendang je..alat apa? kami pun tak tau. Dr pakar mintak refer ke Hospital Kuantan pulak, tapi kami nak minta refer di Hospital Putrajaya, senang nak tengok daripada di Kuantan , adik beradik hubby tak ada duduk di sana. Kami pun decide nak berubat kampung juga.


Jam 4.00 petang, kami dah bertolak balik ke Putrajaya.
Malam tadi tetiba badan saya pulak yang rasa seram sejuk...sampai ke pagi pergi opis rasa lemah je..;(


20/12 - FIl kene refer ke HUKM, katanya FIL ada prostat dan kes FIL serius. Nak refer Hospital Putrajaya katanya tiada kepakaran di situ, HUKM ada kepakaran untuk kes FIL. Nanti FIL akan naik ambulans ke HUKM, SIL- Lina akan temankan. MIL,SIL -epul akan uruskan untuk datang ke sini. Hubby pun EL hari ni dan cancel nak ke JB 2 hari ( Selasa & Rabu)

Tak sangka saya dah sampai fasa menjaga orang tua sakit...tetiba rasa saya pun dah 'tua' juga rupanya huhu

Tiada ulasan: