Rabu, 29 Disember 2010

Siri Kesakitan FIL part II

Weekend baru ni ada p tengok FIL di HUKM, insaf sekejap tengok orang sakit ni...fuhhhhhhhh aduhaiiiii ..nasib baik juga di HUKM dibenarkan budak2 masuk tak mcm Hospital Temerloh budak2 bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk langsung..dan guard nya bukan main "series+seteret" ...pernah tengok ada seorang kakak kene sound nak bawak anak dia masuk, guard siap tepuk2 DENGAN TANGANNYA YANG BESAR ITTEW pada pengumuman yang tampal dekat pintu masuk,"KANAK2 DI BAWAH UMUR 12 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MASUK".."DAH BUAT PENGUMUMAN KAT SINI TAK NAMPAK KE?" ayoyo garang bukan main..kakak yang kena sound pun hangin satu badan, merah muka malu ,dah ler pakaian dia bergaya abis..make up , tudung simpul2 , brooch blink2, baju pun ada blink2..ko sound cenggitu...habissss guard pun kena maki...ai yai yai...saya? saya pakai sempoi jer t-shirt lengan pjg+slack+selipar jepon..hehe dan pemerhati...komen? dua2 salah , guard pun salah..kakak bergaya pun salah..huhuhu...

Guard pun berbudi bahasa ler sket nak tegor orang..tau ler time melawat orang berpusu2 nak masuk biler pintu di buka (rakyat Malaysia memang cenggitu, suka berebut)..dah ler ko bawak kayu besor,panjang macam gangster, jaga pintu masuk ke wad hospital je pun..jangan ler lagak macam gangster kelab malam jer..sia2 je kempen, ct nurhalija dok terjerit2 nyanyi lagu "BUDI BAHASA BUDAYA KITA" kat tv tu kan..

Acik ala model pun sepanjang ko tunggu kat ruang legar sebelum waktu melawat tiba...perhati kan sekeliling ..pengumuman tu memang di sebelah pintu masuk jer..besor acik oiii...jangan ler dok asyik bergossip ajerrrr...saya dok perhati pompuan2 yang duduk menunggu di depan spital tu , kalau duduk segerombolan tu tak dak lain...fuh gosip ajer...tak pun sket sebanyak ngumpat pesakit yang nak di lawat..huhuhu..tu la dia makan tak pantang..tu la anak2 dia tak nak jaga..dah nazak dah tu patut bawak balik umah jer la..tu la ..tu la..tu la kannn sudahnya tak terbaca pengumuman yang terpampang...dah kena marah, sudah nya guard di maki..dia jalankan tugas dia..dah kita maki dia...sekali lagi sia2 kempen "BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Dan saya perhatikan hanya bebarapa kerat jer yang memanfaatkan masa menunggu dengan membaca....saya kira!..ada 4 orang jer membaca...kakak sebelah saya,bakal adik ipar saya,SAYA dan seorang abang-yang ini respek sket dia membaca sambil meribakan anak kecil dia.SAYA bukan nak kata "saya ulat buku" yer..tapi cuba menjadi ulat buku sajork.

Dan yang bagusnya..di depan pintu masuk diletakkan meja kecik yang ada botol2 besar senitizer (betulke ejaan ni)..tapi malangnya tahap kesedaran tentang kebersihan kurang di kalangan rakyat Malaysia, tak ramai yang guna pun..botol2 tu pun banyak lagi isinya...pastu kang tetiba balik dari melawat orang sakit dapat penyakit..mula la dok gosip pulak, pasal p lawat orang sakit la dapat penyakit ni- spital kan terdedah pada kuman penyakit..huhuhuhu
eh apa melalut bab lain ni...tetiba teringat dan terfikir je..

Berbalik pada FIL saya, alhamdullilah semalam sudah keluar dari wad HUKM..dapat kebenaran dari doktor cakap bleh kuar petang..sampai umah malam dekat pukul 10 malam dah..tak tau ler apa yang nurse buat ..mcm rekod nak diupdate dan nak kuarkan list ubat yang patut di ambil kat farmasi pun makan masa...MAKAN MASA KE? SABAR..BUDI BAHASA BUDAYA KITA KAN..huhu TAPI KALAU BOLEH --> TOLONG CEPAT SKET YER..

FIL tak jadi bedah,HUKM cakap batu karang tu dah kecik tak perlu bedah just makan ubat jer bagi hancur..mungkin masa bedah kat Hospital Temerloh tu batu nya TERHANCUR...tetapi FIL masih kena membuang air kecil menggunakan tiub..dan esok doktor mintak bawak ke Hospital Putrajaya untuk tukar tiub..


Katanya lagi, dekat buah pinggang FIL ada macam satu gelembung/benjolan, tapi scan tak berapa jelas..untuk bagi nampak jelas, doktor mintak kebenaran untuk cucuk satu "ubat warna" dan kemudian scan untuk nampakkan- scannya secara bewarna dan lagi jelas,salur2 darah pun bleh nampok katanya..TETAPI dengan masukkan "ubat warna" kemungkinan buah pinggang FIL boleh terus rosak..JADI hubby dan adik beradiknya TAK SETUJU nak buat...ubat warna apakah ittew yer?dan eh apa citer hal prostat yang Hospital Temerloh cakap tu yer? tetiba hal ada gelembung kat buah pinggang pulak...huhu..


FIL ada di rumah saya..nanti hari Jumaat MIL datang..start dari FIL masuk spital HUKM bergilir-gilir jaga FIL..last week hubby cuti jaga malam,MIL jaga siang..weekend SIL-Lina jaga, this week SIL-Epul jaga..next week harap takde apa boleh balik Temerloh, MIL akan continue bersama FIL macam hari2 biasa...:) banyak pahala MIL jaga suami sakit nih..MIL pun kalau dia larat nak dia jaga FIL 24 jam kat hospital tu..dan harap2 bila kami sudah tua,sakit..anak2 nak jaga kami juga..Bukan ke BUAT BAIK AKAN DIBALAS DENGAN KEBAIKAN juga..kalau ditengok ada dikalangan jiran2 FIL di hospital anak2 tak mau jaga ayah mereka..alasannya?UNDEFINED.


SIL-Lina cerita jiran katil FIL , pesara pensyarah..isterinya pesara cikgu yang datang menjaga..sembang2 dia bagi statement "BAGUSLAH ADA ANAK2 NAK MENJAGA ORANG TUA SAKIT"..difahamkan anak2 nya semua "berjaya dalam hidup" tapi takde datang, pakcik ex-pensyarah pun belajo luar negara dulu (sepanjang saya melawat pun , pakcik tu asyik dengan bukunya, buat teka silang kata) ..BERJAYA TAPI LUPA TANGGUNGJAWAB PADA ORANG TUA????


Semasa di Hospital Temerloh pulak, jiran FIL - orang cina..pun anak2 tak mau jaga tinggal la pakcik sorang2 time malam, harapkan la bantuan nurse, kalaunya nurse nak layan..kalaunya nurse bz bersembang? ;P


Insaf..musahabah la diri..berilah yang terbaik dan termampu untuk parent selagi mereka ada..kalau tak mampu dari segi duit..beri la yang tak menggunakan duit..perhatian,kasih sayang, tenaga menjaga mereka ..hari ini kita buat tak kisah jer pada parent kita..nanti2 balasannya anak kita buat 2 kali ganda tak kisah..masa tu SESAL DULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.


PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI ;)

1 ulasan:

AzizMostafa berkata...

@ … buat teka silang kata
-
Silang Kata Kelopak?!
-
http://www.typophile.com/node/51401
http://powerwordpuzzles.com/sunbursts/
http://typophile.com/files/Krosslang.pdf
http://typophile.com/files/Key-Whls.pdf
http://typophile.com/files/16-petals.pdf
http://typophile.com/files/K-flower.pdf
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
http://typophile.com/node/74436