Selasa, 14 Disember 2010

"Hobi Hijau"

Tetiba je rasa teringin ..

Pernah kah anda merasa bosan dengan rutin sebagai isteri, ibu dan pekerja?

Kalau boleh rasa nak resign sekejap dengan 3 jawatan tersebut?

ni sure abi ckp umi ni dah buang tebiat ke

hehehehe mula la nak merepek ni

eh tak la sebenarnya bukan merepek...series ni ..saya telah memulakannya huhu..


dolu2 kecik2 saya suka juga menanam pokok2..tapi saya tak suka sangat pokok bunga ..sebab hasilnya bunga sahaja! saya lebih suka tanam tomato,lada,peria...boleh di makan! arwah tok saya suka menanam..jadi saya tukang ikut menyebok, sampai sekarang bila balik kampung setiap kali tengok pokok buah katak puru saya teringat ini arwah tok yang tanam..dah banyak orang makan buahnya, kekadang ada burung2,semut2 makan buah+buat sarang di pokoknya..dan mak saya buat gayut pokok orked nya di situ..huhu..dalam hati terdetik, dapat la pahala kat arwah tok saya ni dengan jasanya menanam pokok yang bermanfaat..dolu2 benih pokok2 yang saya nak tanam, mak yang bagi..pergi tanam dalam "longkang batu" abah tu..benih nya senang jer kalau mak masak peria, bijinya di cuci2, jemur dan tanam! , lada pun sama!

..

masa bekerja di Politeknik Muadzam, saya "menjaga" pokok kaktus yang comel,kecik2...dapat pindah ke Putrajaya, saya serahkan kepada kawan untuk menjaganya.

..

sampai sekarang balik kampung menjadi rutin saya berjalan2 tengok pokok2 yang mak/MIL dan abah tanam

..

dan sekarang saya nak memulakan nya sekali lagi! sebagai hobi hijau dan melepaskan rasa boring dan saya berharap Ammar dan Amir akan jadi macam saya dolu2 "tukang sibok" ..nak tanam dalam plastic bag je pun..tanam lada, bendi, daun kunyit dll yang boleh di tanam di dalam plastic bag..

serai, daun pandan dan daun kesom dah ada huhuhu..serai dan daun pandan penghuni lama yang tanam-dapat pahala kat dia coz saya memanfaatkannya..

daun kesom? saya lerr tanam huhuhu saya dah memulakannya..;P - TQ kak ana bagi anak2 daun kesom


N3 ni diharap hubby membacanya huhu ...jom ler kita p care4, giant @ tesco ke cari benih dan bahan2 untuk tanam pokok ..pasar borong Selangor?..pasar Putrajaya? (ada ke jual benih ;-0 )


Pernah ke anda seperti saya, kekadang tak berpeluang nak meluahkan rasa hati kepada hubby sendiri tapi dekat opis ada plan nak cerite itu ini balik kang!..sampai je umah..dah gedegung gedegang kat dapur pastu ragam anak2 , pastu urus hal2 umahtangga , pastu dah keletihan tahap gaban dah tak ingat nak citer -otak letih, badan lesu.. terus Zzzzzzzzzzzzz..tambah pulak hubby saya keje syif ..rutin hidup dia tak sama dengan rutin saya..


Jadi blog adalah salah satu saluran bijak untuk menyampaikan mesej kepada hubby sendiri :P :P ..setuju?


p/s for hubby : alah masa yang diperuntukan untuk pokok2 15-30 minit je tiap petang..balik dari keje..kalau abi offrest tolong le siram dan tengokkan huhu





Dapat macam ni , kira cemerlang dah ni

2 ulasan:

atirah74 berkata...

bagus2 mak uda belajo menanam...nanti bila kita org dtg boleh mkn sayur free...

nuni berkata...

aiwahhhhhhhhhh...nanti aku bawak balik sayur2 aku jual kat korang MESTI BELI!!!!hahaha