Khamis, 30 Disember 2010

Hangin ..hangus..

Tengah hangim dan geramsss ni

Hari ni FIL kena p hosiptal untuk tukar tiub pada saluran buang air kecil dia coz takut kalau tak tukar ada jangkitan kuman

Semalam hubby dah call Klinik Putrajaya mention mengenai FIL, dan klinik ittew suruh p wad kecemasan Hospital Putrajaya kerana depa tak cukup alat..wad kecemasan lagi lengkap peralatannya

So, saya dengan kekalutan ada miting pagi dan petang..bergegas balik jam 12.30+ pm untuk anto FIL dgn SIL-Epul..sampai di wad kecemasan Hospital Putrajaya tu , kaunter cakap kes macam ni tak terima kena buat kat Klinik Putrajaya je..WHAT?!!!!!

Saya tak puas hati, saya pulak p turun dari kereta cerita kat orang kaunter wad kecemasan tu bercerita semalam kami call Klinik Putrajaya suruh mai sini kata sana tak cukup alat..

Budak ittew berkata ( budak ke? tak kisah la ai gerams) biasanya puan kes2 macam ni memang kat Klinik je buat..saya cakap ok tapi jangan kang saya p klinik depa kata kena mai wad plak, ayah saya tu tak sihat..lumpuh..budak ittew menjawab lagi (terer menjawab ni)..takpe puan pergi, kalau sana cakap macam tu,puan amik nama dia..bagitau saya (waaaaa beso kuasa ko nih)..saya cakap OK..sebab kita dah call, kita call jugak wad kecemasan banyak kali tak angkat2 untuk confirmkan betulke kena buat kat sini..ittew budak buat muka terkulat2 ..heeeeeeeeeeeee marah rasernya tapi sebelum cau cin cau sempat lagi cakap TQ (dalam hati hish apsal aku cakap TQ nih..upss ingat BUDI BAHASA BUDAYA KITA)

SIL-Epul dah fedup , dia p panggil saya kat kaunter tuh cakap takpe kak kiter p klinik swasta jer la ..dengan muka bengang nya...

Kami p pulak Klinik Putrajaya...tak dak sapa kat kaunter..guard je ada..saya citer kat guard tu dengan suara yang tegas sket..dia kata takpe puan datang kul 2.00 pm, nanti p kaunter tanya? KAUNTER??????????? saya tanya p kaunter ni ayah saya kena queue jugak ke..dia tak sihat ni,lumpuh..sian la nak tunggu ..jawabnya TAK PASTI LA PUAN!

Saya hangin bukan apa, saya sendiri ngilu tengok FIL dengan tiub tu, dia lumpuh..kadang saya nampak muka dia menyeringai maybe biler SIL-Epul angkat dia , atau gerakkan kan dia tiub pun bergerak, bergesel ke..terasa sakit @ ngilu di "SITU"
Biler di tanya abah sakit ? tak..takpe katanya.

Saya hangin juga..FIL lumpuh, nak angkat dia bawak masuk kereta tu bukan keje mudah, ittew tenaga lelaki jer..saya pernah angkat FIL tapi kami bertiga perempuan MIL,SIL-Lina dan saya..adehhh siksa gak macam nak terjatuh je FIL tu, abis tu bolehkah anda mengurangkan kerenah birokrasi dengan terima sahaja kes FIL saya..nak tukar tiub tu ajer..alangkan klinik desa songsang Temerloh boleh buat kejap je..apakah Putrajaya yang si gah ini, kes kecik tu tolak sana tolak sini?ha lagi satu peralatan tak cukup...tak payah ada klinik dekat PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN kalau alat tak cukup untuk tukar tiub jer pon..
Petang saya tak dapat ikut ,just tunjuk jalan ke Klinik je kat SIL-Epul..saya ada miting ler pulok..esok cuti bos nak buat miting hari ni jugok
Haaaaaaaaaa berleter..berleter je ler yang boleh pun..raser nak p call je Perdana Menteri Malaysia ni ngadu @ call rosmah ke hehehehe

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kadang2 nampak macam birokrasi...tapi depa sebenaqnye tak efisen..tak amanah...tu yang jadi mcm tu...

nampak sgt tak faham atau mmg tak tau nak berbudi bicara...

sabaq no...