Isnin, 27 September 2010

Wow sushi?


Hari ini meeting di Kelana Jaya abis tengahari jadi..haruskah kami kembali semula ke opis? oh tidakkk..hehehe telah mencapai kata sepakat bersama untuk balik terus...balik rumah cik yah sedang meneruskan misi nya untuk membuat sushi..siap bergaduh2 la dua beradik mencari beras yang sesuwai untuk buat sushi..siap p tanya kedai buat sushi kat alamanda tu pakai beras apa?jual tak kami nak beli ni huhu...yer kami pengemar sushi..cik yah "terkinja2" nak buat sushi siap download cara-caranya dalam youtube lagi...lagipun mahai betuiii makan sushi kat carefour 6 ketui rm9..isk2
gambar di bawah sushi yang telah siap digulung..kami mencari tikar sushi dok jumpa jadi jeng jeng...alas hiasan dijadikan "tikar sushi" [dah basuh bersih2 lor,siap alas plastik lagi tu]



letak rumpai laut dan lenyek2 nasi pulut - beras jenama sakura yang di jamin halal..rumpai laut pun kami cari yang halal


timun jepun,lada,isi ketam,nasi,cuka


tadaaaaa..dah siap sushi nya..wowwwww terasa hebat tul hehehe


ini cuba buat telur gulung isi kangkung, lada,isi ketam..cik yah tgk dalam you tube jugok ni


kicap sushi kami bantai kicap masin jerk..lupa nak beli kicap sushi kat carefour



lepas ni kiter cuba sushi isi mende lain pulok...dah siap semua Ammar kata,"yey tepuk tangan!umi tepuk tangan umi,yey dah siap" :D budak berdua ni menjadi pembantu chef yang berjaya dan sangat menyibuksssss...bagi kacau bilau dapur

Tiada ulasan: