Isnin, 6 September 2010

Salam Aidilfitri

Hari ini dah 27 Ramadhan tinggal lagi beberapa hari nak menyambut hari raya...hari kemenangan bagi yang berpuasa.

Tahun ni raya macam di sebut pada entri yang lepas , kami akan beraya di Temerloh..hari balik ke kampung dah berubah pada 8hb-rabu coz hubby dapat cuti bermula 8hb. Kami akan bertolak selepas solat subuh pagi 8hb.

Sempat berpuasa 2 hari di Temerloh dan sempat juga bertarawih 1 hari di sana. Perancangan hubby tahun ni nak bawa si Ammar p solat raya...Amir? Amir kena tinggai..;)

Biasanya MIL akan buat lemang dan rendang di pagi raya..huhuhu mcm dah terasa di tekak je , kesedapan lemang MIL.

Tahun ni raya semua adik beradik hubby ada berkumpul kecuali Pak Teh yang kena kerja tak dapat beraya (tak dapat la Ammar dan Amir nak pau duit raya dari Pak Teh). Yang lain memandang kan adik ipar saya -Suraiti berkahwin dengan orang Temerloh jugak jadi takde masalah bergilir dekat2 je pun rumahnya...adik ipar saya 2 orang lagi-Lina dan Epul belum kahwin jadi no prob. kerja pun masih dalam negeri Pahang. Tahun depan lina akan berkahwin insya allah jadi tiap kali raya kena bergilir la juga.

Di Pekan, tahun ni meriah sekali -semua ada. Adik lelaki saya di Sarawak pun dapat balik beraya tahun ini...dah lama tak jumpa. Along dan Angah giliran beraya di Pekan tahun ini. Husna giliran di Chini tapi mungkin akan balik ke Pekan raya ke2-3..Husna paling syok raya la dengan adanya si Kaisyah Kamalia tahun ni. Selebihnya Cik yah, Nurul dan Ikhwan of course la beraya di Pekan-bujang trang tang tang..

Saya berharap dapat jumpa semua adik beradik raya tahun ni.Tak kira la di sebelah Temerloh atau Pekan. Ini sahaja masa yang dapat berjumpa ramai2.

Ammar orang yang paling exicted nak balik kampung. start dari minggu lepas dia sudah menangis2 nak balik kampung..berzikir jom la balik kg,jom la balik kg!balik kg nak?nak balik kg ke umi?..dah tak reti nak cakap dan nak bilang hari menerangkan akan balik kg 8hb...mulut dia dah sebut2 wan,aki,pak cue,mak ndak, tok,aki,cik yah....siap2 pura2 becakap dengan pak cue dengan tangan letak kat telinga...sembang dengan pak cue nya...Ammar paling suka pak cue kalau balik Temerloh, pak cue suka melayan main dan jalan2..pantang pak cue bergerak..nak ikut boleh?nak ikut boleh? Kalau di Pekan of course la cik yah! maunya tak rapat dengan cik yah..kecik2 sampai umur 5 bulan cik yah yang jadi pengasuh...baru ni kami sebut pasal bibik..si Amir sampuk,"bibik..cik yah! bibik cik yah"...huhhuhu cik yah dah macam bibik diaorg..cik yah biasa cuti semester lepak putrajaya dulu...balik ke Putrajaya nanti pun cik yah akan ikut sekali, taska tutup samapai hari Isnin jadi perlu minta pertolongan cik yah menjaga budak berdua tu.

Apapun di harap dipanjangkan umur untuk menyambut hari raya dan selamat sampai ke kampung dan balik semula ke Putrajaya dengan selamat.

Makan time balik kampung ni pun kena beringat2 juga tentang berat badan ku ;)

Di kesempatan yang ada juga , kami sekeluarga ucapkan selamat berhari raya kepada semua dan mohon maaf salah dan silap-keterlanjuran kata2,sikap,makan minum dll..maafkan la kami.

SEMOGA CERIA DI AIDILFITRI UNTUK SEMUA ;)

Tiada ulasan: