Rabu, 15 September 2010

Raya@Temerloh part 1


MIL,FIL,SIL-Lina,hubby,Ammar,SIL-Epul,Amir


sajer upload gambo jauh kan nampok kurus sket hahahaha



Raya..raya..raya..

Sakan beraya..

Yang paling sonot raya for sure la Ammar dan Amir..Ammar hari2 nak pakai baju raya katanya..baju buruk tak mau..nak baju raya!nak baju raya!

Tengok songkok yang Ammar pakai tu..bukan songkok dia ,Amir punya..aritu nak beli kat dia..tak mau..puas sua kan kepala nak try songkok kat mydin putrajaya tu tak nak..tak nak katanya..alih2 tiba masa dia nak pulak songkok Amir..tak mau cabut2 pulak tu..terpaksa la adik mengalah pakai kopiah.

Seronok tengok diaorg happy beraya...tolong wan buat lemang [tolong menyepahkan pelepah2 pisang wan,buat lawan pedang] umi pun terkena tempias libasan pedang pelepah pisang..Ammar kata,"ha sakit? ha tau sakit..kalau sakit duduk diam2,tengok tv!" [ayat tu seperti pernah ku dengar jer hehehe]

Pepagi raya budak berdua ittew suda bangun ..mandi pakai baju melayu..Ammar ikut abi p solat sunat raya..waaa eksen...adik tinggai yer...adik tingai..kata hubby, dia pun bertakbir juga..mulut sebut Allah,Allah badan goyang2 ikut ritma takbir..time solat dia pun solat juga tapi time khutbah masuk khutbah kedua dah ajak balik..mula2 slow je ajak balik..abi tak layan..volume makin naik makin naik jadi terpaksa la balik...huhuhu

Malam raya..main bunga api dan mercun...Sakan main dengan sepupu2nya..semuanya dipanggey api!api!jom main api!..macam tak percaya Ammar sudah pandai main mercun bawang!sakan sampai mengamuk2 tak mau berenti,dah abis suruh pergi amik lagi..nak amik kat mane la weh ..Amir? tak nak..tak nak ..akut..akut...takut main bunga api dan mercun hehehe

Raya pertama di Temerloh, kami hanya beraya di rumah jiran sebelah rumah sahaja..hari hujan ..tambah pulak hari Jumaat, hubby tak mau nanti tengah2 beraya berkejar2 nak balik solat Jumaat pulak.Petang raya kami ada buat makan2 sempena hari lahir Amir dan sepupu nya Azmil..seperti yg saya pernah story kami tak pernah buat majlis sambut besday anak2 tetapi SIL-Lina & Suraiti merancang untuk buat, diaorg dah siap tempah kek..besday Amir dan Azmil [anak SIL-Suraiti] sama hari dengan Amir -7/9 cuma tahun berbeza. Jadi sehari sebelum raya saya dan SIL p beli bahan makanan tambahan selain kek..kami buat bihun,cucuq udang,koktail.Ajak la jiran2 dan kawan2 terdekat..tapi memandangkan raya masing2 ada hal masing2 , kami jamu orang yang kebetulan datang beraya ke rumah. Selebihnya adik beradik jer la yang pulun makan kan :)

Raya kedua baru la beraya..sehari suntuk beraya tapi masih ada juga yang tak sempat nak p beraya..saya seronok coz dapat beraya ke rumah kawan baik semasa belajar dip. dulu..rumah cik lisz,cik maz,kak zu hohoho..seronok dapat sembang2 dan tengok anak kembar sepasang kak zu-addin dan addini sungguh tomei tot..teruja tengok orang dapat anak kembar,kagum juga macam mana la nak jaga yer..sorang pun tak terkejar..selebihnya kami beraya ke rumah sedara mara hubby..

Raya ketiga...owhhhh balik raya ke Pekan la pulak hehehe..nanti stori mori entri yang lain.

Tiada ulasan: