Khamis, 30 September 2010

Hospital Putrajaya@Klinik Pembedahan

Tengok tajuk N3 menakutkan kan..klinik pembedahan..
Dikaitkan pula dengan N3 semalam hadapi lah dengan senyuman

Dalam facebook berderet2 kawan2,adik2 komen buat saya terharu..semua kenapa?waht happen?isk suspen je?

Macam mana nak tersenyum di dalam klinik pembedahan tu?..saya cuba :)
Hari ni 30/9/2010 saya ada appointment dengan pakar di hospital Putrajaya

Seperti biasa queue hospital kerajaan lama jadi untuk tenangkan hati ..perhatikan la orang2 yang sakit dan berzikir la..

Staff di kaunter tu menakutkan saya sungguh lepas bagi nombor untuk rujuk pakar, dia cakap,"ke kaunter pembedahan yer puan"..saya jawab,"hah?"..then dia betulkan ayat,"kaunter C kat sana"

Time nombor saya "naik" ,saya ke toilet - 5 kali ke toilet huhuhuhu cemas OK
Kuar toilet nampak nombor saya ,berlari2 saya ke bilik doktor

"Sorry doktor saya ke toilet"
"oh patut la ,ok tak pe"
then doktor start tanya macam soklan,tengok bengkak kat leher
pastu dia cakap,"jom kita buat ultra sound"

doktor macam "terbang" kejap je bangun,jalan,hilang terkedek2 saya cari ..
buat le ultra sound...doktor cakap,"hmm tiriod ni"

abis ultra sound masuk bilik doktor semula

doktor berkata,"saya nampak ada gelembung2 air di sekitar tiriod macam multi goiter,mungkin dah ada sebelum ni tapi dia kecik dan awak tak perasan"

doktor kata lagi sambil tengok schedule dia,"minggu depan 7/10 datang balik kiter ambil sample yer OK?, kiter masuk kan jarum dekat leher tu untuk ambil sample untuk check ada posiblity kalau lama2 dia akan jadi kanser" [makcik nak tercekik rasa,KANSER? nauzubillah]

doktor bagi arahan,"hari ini tadi kiter buat ultra sound lepas ni ambil darah yer untuk tengok tahap tiriod then kiter decide nak makan ubat ke..lepas ambil sample kiter jumpa semula 4/11 ok?"

-OK-

Saya cemas,nerbes,celaru,blur seme ada le...7/10 ni nak ambil sample sakit kah?

Saya bukan tak biasa sakit..hari2 saya rasa sakit , tetiba nak semput..tetiba selsema,gatal mata,gatal telinga tapi kali ni saya sebenarnya sakit tapi saya tak rasa sakit cuma ada bengkak di leher yang tidak menganggu saya menelan, bercakap dan bernafas tapi perlu di cucuk,di scan dan mungkin di bedah untuk buang tiriod.


Dari sudut lain, saya berfikir maybe ini ujian Allah supaya saya lebih mendekati Allah.

Sedang usaha juga, minum minyak kelapa dara,madu dan solat hajat.

-OK-
-HADAPILAH DENGAN SENYUMAN,INSYA ALLAH YOU'LL FIND THE WAY-

Tiada ulasan: