Rabu, 1 September 2010

Buntu ;(

Buntu????

Hehehe bukan buntu dengan masalah..di hujung2 puasa ni, semakin buntu memikirkan apa la yang nak di masak@makan untuk berbuka dan bersahur yer...

Dah tak tau nak masak apa.
Dah tak tau nak beli apa.
Dah tak tau nak makan apa.

Dalam kepala asyik2 fikir masak bubur je la. Yer, saya SUKA BUBUR.
Mak saya suka masak bubur, abah saya pun suka makan bubur.
Bubur ni bukan bubur lambuk, bubur kacang ke atau bubur pulut itam ke.
Ia cuma BUBUR NASI KOSONG seperti orang cina makan masa sarapan.
Mungkin pasal arwah tok sebelah mak berketurunan Cina agaknya jadi aura Cina tu tetap ada.
Yer, arwah tok saya anak Cina yang di pelihara oleh orang Melayu sejak lahir.
Dalam adik beradik saya hanya saya seorang yang mewarisi kulit cina ittew yang lain dah bercampur dengan kulit orang Melayu sejati hehehe.
Biasanya mak masak bubur dan di makan dengan sambal bilis@tempe goreng pedas@ikan masin@telur masin dan paling penting KICAP.
Ammar dan Amir pun suka makan bubur.Kadang2 Ammar request,"umi, makan bubur nak?".
Kami 3 beranak tak ada maslaah untuk makan bubur tapi en hubby la, tak biasa makan bubur.
Abang2 ipar dan adik ipar saya mula2 tengok menu nya BUBUR NASI KOSONG..mesti tanya,"kenapa? sakit ke makan bubur ni?"
Depa makan bubur time sakit je.
En hubby tak pernah tanya (resminya dia kan pendiam)..makan je la..tapi makan bubur tak kenyang katanya.
Saya boleh modified makan bubur nasi dengan bermacam2 cara.
Ada masa isi ayam,udang,sotong,telur,sardin,kangkung.
Ada masa makan dengan sup.
Ada masa saya blend bilis dan letak sedikit santan.
Kadang2 masa makan bubur terasa waaa seperti berada dalam citer korea je cuma tak pakai chopstik je.

Hmmm tapi arini tak jugak buat bubur nasi...atau boleh juga buat untuk saya sahaja.
En hubby mintak buat SARDIN MASAK ASAM PEDAS.
Senang bytu jerk..senang, saya tak payah masak sayur dah..letak je bendi dalam asam pedas tu.
Jadi saya akan bubur nasi dengan asam pedas.

Semalam en hubby balik awal..tak ot katanya..sampai umah 2.45 ptg.
Balik terus melelapkan mata.
Bangun pukul 5.30 ptg ajak pergi alamanda!
Ammar dgr alamanda waaa sudah mengedik la..ajak mandi,tukar baju.
Dah sudah mandi,pakai baju.Di arah saya pulak pergi mandi umi..umi mandi dulu yer. :P
Kami nak beli kasut raya Ammar dan Amir.
Itu je tujuan p alamanda.
Selain hubby beli currymee - chicken rice shop.
Dia tak mau makan nasi goreng yang saya buat untuk anak2+saya.
Biasa la untuk anak2 mkn, tak pedas,sempoi dan hanya nasi goreng kicap!
Dapatla kasut raya budak berdua tu.
Sepasang rm39.90.uhh korang!sama harga dengan kasut2 umi jerk![takpe duit abi korang hehe]
Macam biasa BATA pilihan kami.
Tahan lasak tau BATA ni,kasut depa thn lepas boleh pakai lagi.
Ammar dan Amir beli kasut bila pijak ada lampu blink-blink :)
Saya suruh depa pakai terus,saja try test kasut baru..nak tengok selesa tak depa pakai.
Kasut lama simpan dalam kotak.
Pagi tadi saya tengok kasut lama dah ada dalam kete balik, kasut baru? abi depa dah simpan.
Huhuhu sampai gitu abi...kena pakai raya jugak la yer :P
On d way balik seperti biasa Ammar akan buat latihan 'saprano' di dalam Alamanda.
Nak naik kete yang masuk duit tu tapi tak dilayan-ramai sangat orang tunggu turn lagipun.
Amir excited nak turun naik 'tangga bergerak' tapi saya buat2 tak dengar..dan dia cool je lepas tu, makan lolipop dia. Kang kalau dapat naik..5-10 kali kena turun-naik 'tangga bergerak' itu.

Balik dari alamanda,badan Ammar panas.
Abi bagi makan ubat demam dan dia tido.
Pagi tadi masih panas.
Saya kejutkan bangun ajak mandi, jawabnya,"Ammar tak nak mandi,Ammar nak makan ubat je".
Mintak basuh muka dan ***** dia jer.
Kemuncaknya, dia muntah di depan pintu rumah,"Umi!!!Ammar muntah!"
[Sabar je umi dia....mencuci dan tukar baju Ammar]
Ammar memang biasa macam tu, kalau tak sihat biasa dia akan muntah berkali2.
Itu tandanya betul2 tak sihat.

Eh banyak jugak saya merapu ni...kemengantukan sebenarnya..opis pun sunyi je, ramai yang bercuti agaknya-ada MC,ada EL,ada p check up doktor,ada yang meeting.

Balik melelapkan mata la lunch hour ni dan jemur kain dalam mesin ;)


Tiada ulasan: