Khamis, 16 September 2010

Bengkak di leher

Sesuatu telah berlaku
Leher saya di sebelah kanan bengkak
Malam sebelum balik beraya aritu bengkaknya-8hb 9 2010
Siangnya memang saya selsema dan sakit tekak
Terjaga dari tidur jam 1 pagi ,saya perasan ada bengkak di leher, seperti ada 1 ketulan
Tapi tak sakit,saya menelan pun seperti biasa
Sesampainya di Temerloh,kami singgah ke klinik Sulaiman untuk check apa masalahnya
Doktor suspek tiriod atau jangkitan kuman
Saya diberi ubat susut bengkak,sakit tekak/demam dan antibiotik
Doktor pesan lepas raya kalau tak susut bengkaknya datang semula untuk buat blood test
Hubby pun ada surf pasal tiriod coz saya telefon dia di opis selepas sedar ada bengkak di leher jadi saya ada sedikit info mengenai tiriod
Habis ubat bengkak hanya susut sket je,kami tak sempat nak buat blood test di Temerloh
Rabu saya bekerja seperti biasa sambil surf info mengenai tiriod dan tanya seorang bakal doktor di dalam FB mengenai bengkak di leher saya ..
Saya risau,takut katanya kalau serius perlu buang tiriod dan akan makan supplement utk hasilkan hormon tiriod
Hari ini ke klinik lita alis untuk check sekali lagi-16hb 9 2010
Saya inform pernah p klinik dan tunjuk ubat yang di beri
Doktor di lita alis pun suspek tiriod
Saya di beri surat untuk refer ke hospital Putrajaya
Esok pagi saya akan pergi ke hospital
masih surf info2 mengenai tiriod
Doakan saya tidak apa2 :(

2 ulasan:

fatimah berkata...

semoga admin kembali sihat walafiat.. aameen

gha berkata...

Assalam..ape feedback terkini pasal bengkak kt leher tu?sy pun ade bengkak kat leher tp pegi check doc. xdpt detect...email sy newzgirlz86@gmail.com