Isnin, 9 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa. (QS. Al-Baqarah:183)

Tinggal lagi 2 hari kita semua akan BERPUASA.

Ni jadual berbuka puasa bagi area Putrajaya&KL.Just CLICK HERE.

Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua kawan2 dan umat islam khususnya.

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah
mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga
dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat
dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang
tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." HR.
Ahmad dan an-Nasa`i.



Awal2 puasa lagi hubby dah bekerja syif malam jadi saya akan bersahur dan berbuka dengan 2 hero cilik ...sahur of course la makan sorang2 dah biasa pun bersahur puasa yang bukan dalam bln puasa pun sorang2 jugak eh..cuma feel di bulan puasa lain sket..kalau dulu masa tak de anak lagi sedih sorang diri sahur dan berbuka time hubby keje malam. Saya pun tidak plan apa2 untuk sahur dan berbuka hanya bersederhana sahaja.

Solat tarawih pun pada tahun ini seperti tahun2 sebelumnya sejak menjadi umi kepada anak2 yang masih kecil akan dilaksanakan di rumah sahaja..saya rindu untuk solat tarawih berjamaah.

Untuk refresh semula ini panduan solat tarawih

Apa pun semoga kita semua menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH dan semoga kita di beri kesihatan tubuh badan dan umur yang panjang untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.Amin.


"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap
pahala dari Allah , niscaya diampuni dosa-dosanya telah lalu." Muttafaqun
'alaih.

Tiada ulasan: