Selasa, 27 Julai 2010

Softec2010

Today is the 1st day working for me (for this week)..1st day always be the lazy day hehehe…apa nak buat ek? Saya nak story pasal conference yang saya pergi hari tu..sebenarnya story dan tujuannya untuk saya imbas kembali apa yang saya dapat masa conference tu..(saya kan seorang yang pelupa), jadi saya rasa elok ler saya review balik memandangkan otak pun rasa BEKU je ari ni, hidung pun selsema terkena air cond

Saya p conference hari tu pada 19-21 Julai 2010 yang bertempat di Crowne Plaza Mutiara, KL..1st day p kena naik ERL -MONOREL (sungguh penat)..2nd day ada driver..3th day saya dah tak p (ponteng) pasal ada anak buah kena lapor diri di KPT dan seterusnya dapat posting di Kolej Komuniti Rompin…jom kiter jelajah apa dia Software Testing Conference



bukti menghadiri nya..:)


dapat la beg,pen dan note book ..cantik juga.

Software Testing Conference (SOFTEC)

Satu2nya software testing conference di Malaysia yang diterajui dan diuruskan oleh MSTB (Malaysia Software Testing Board) – Malaysian Project in collaboration with EPU, MOSTI dan SIRIM. Speakers bagi conference ni semua nya international speakers dari quality assuarance community dari pelbagai negara antaranya Lee Copeland-Software Quality Engineering USA, Yasuharu Nishi-Assistant Professor Japan,Dave Miller-VP Software Quality Assurance,FedEx,USA,Sigrid Eldh-Principal Consultant Ericsson,Sweden,M.Jeff Brittain-Senior VP Cook System International dan ramai lagi –saya just sebut yang saya suka dengar depa bercakap jer. Sebenarnya SOFTEC ni diadakan tiap-tiap tahun bermula dari tahun 2008 lagi.

Secara umumnya, conference ni meliputi perbincangan mengenai software testing dan requirements engineering. Sebenarnya isu pengujian perisian di Malaysia ini sangat baru dan kebanyakan kos projek/perisian aplikasi yang dibangunkan adalah termasuk pengujian sistem sedangkan sepatutnya kos bagi pembangunan perisian dan pengujian sistem tu adalah 2 perkara yang berasingan tapi kesedaran masyarakat Malaysia pada perkara tersebut pada saya mungkin tidak ada langsung atau masih baru. Untuk mencapai pengujian perisian/software testing yang bagus dan efisyen ianya melibatkan tenaga kerja dan for sure kos juga. Senario sekarang tak macam tu, pengujian sistem tu kira paling remeh dan kualiti nya rendah kerana kos bagi pengujian itu boleh dikatakan tiada dan sepanjang pengalaman saya yang setahun jagung ni kita masih guna manual testing.Kewujudan MSTB bagi saya salah satu tujuannya adalah mewujudkan kesedaran dan memberi pendedahan serta ilmu mengenai software testing.

Kenapa kita menguji perisian?

Kerana ia adalah proses melaksanakan program atau sistem yang bertujuan untuk mengenalpasti flaws (kecacatan) dan errors. Selain dari itu, ia boleh diklasifikasikan sebagai satu aktiviti yang menilai ciri2 dan kebolehan sesuatu program atau sistem sama ada ianya memenuhi keperluan yang telah ditentukan. Tujuan asas software testing adalah quality assurance,verification and validation,reliability –and identifiying bugs in the system and design defects. Sotware testing merupakan salah satu fungsi penting dalam setiap fasa kitaran pembangunan perisian (software development cycle) kerana kita mahukan software yang berkualiti,reliability dan optimum performance.

Why be a certified tester?

Software testing certification and accreditation opens up a whole new world of possibilities for a tester.With internationally recognized certification, software tester will be well aquipped to leverage their knowledge in providing premium service across all their engagements.Certification in the field of the software-testing is a valuable asset as it increases the marketability of a software-tester within an organization or industry.Professional certification adds value and helps accelerate an indivivual’s career path.Qualified tesater can work with organizations across different industries to effect improvements including time and cost reductions, enhanced productivity and a higher return or investments. The ISTQB (12) certification programme is developed by working groups of the ISTQB comprising worldwide volunteer experts in the field of software testing including practitioners,consultants,trainers and academics from more than 50 ISTQB member countries.This distilled wisdom of over 200 experts and over 1000 person-years of testing experience is the foundation of the certification programme. With Malaysia gearing to be regional software testing hub, oppurtunities are abundant for Malaysians to take advantage of this global opportunity presented to them. –dipetik dari handout yang diberi

Pada hari kedua conference , di sebelah petangnya ada expert panel session. Menariknya isu pada petang tu ialah bagi negara2 panel – USA,Sweden,Japan, kerajaan mereka tidak memberi sokongan dana bagi software testings di Negara mereka.

Dan yang paling menarik ialah isu adakah apa yang kita belajar di universiti mengenai software testing dapat di apply dalam dunia software testing yang sebenar? Apa yang di ajar dengan apa yang dipelajari dari pengalaman adalah 2 perkara yang berbeza. Untuk menjadi seorang penguji yang baik, kita perlu ada ilmu dan pengalaman yang mendalam mengenai software testing..paling best panel dari Jepun – Yasuharu Mishi cakap,”teacher is STUPID”..nah hambik ko…walaupun dia sebenarnya pembantu professor tapi katanya orang akademik hanya fokus kepada penyelidikan dan penghasilan kertas kerja tanpa pergi melihat dunia software testing atau dunia industri yang sebenar. Dan kata2 nya di sokong oleh panel yang lain..saya juga menyokongnya! Melainkan para pensyarah dan orang2 industri berkongsi ilmu dan pengalaman mereka menjadi satu slybus yang akan diajar kepada anak2 muridnya.

Dalam dunia pekerjaan saya sekarang pun, saya merasakan banyak yang saya pelajari dari pengalaman macam mana nak melaksanakan sesuatu kerja daripada ilmu di universiti dulu..atau saya seorang yang tidak pandai mengaplikasikan ilmu yang dipelajari,itu saya pun tak tau..

Tiada ulasan: