Jumaat, 11 Jun 2010

Me n My Room

Baru betul2 duduk di bilik sendiri di opis baru ku ini...rasa boring dan ngantuk duduk sorang2 hehehehe..ari ni baru boleh duduk goyang2 kaki seposen dua di bilik sendiri hari2 sebelum saya di bilik mesyuarat menriew dokumen URS dan kontrak...bilik nya besar dan ada 2 partion di dalam nya malang nya roomate saya bercuti 2 thn tanpa gaji ke Jeddah mengikut suami, saya pun tak sempat kenal dgnnya.

Rasa lain macam plak duduk di bilik memandang kan 6 tahun bekerja saya duduk di partion jerk dan boleh sembang2 dengan orang kiri kanan depan belakang..nak cakap pun leh jerit2 je ni kalau saya nak cakap kena keluar dari bilik hihi..orang nak masuk pun ketuk pintu bilik saya dulu waaa macam pegawai besor kerajaan jerk rasanya hahahaha...gitula adanya..dulu susah duduk partion rapat2 je nak jimat ruang yang tak cukup, skang dah ada room sendiri kena bersyukur sebenarnya hhhhmmmm ;)

Sambung citer pasal kuah kacang semalam, gue stress tahap gaban..tobat tak nak buat dah kuah kacang ..cerewet bangett nak kena goreng dan yg paling boring nak kena kopek kulit dan asingkan kulit dan isi kacang huhuhu...kalau buat dalam keadaan relaks mungkin seronok kot tapi semalam letih sesangat..kuar opis pun dah 6.30 pm, amik anak lagi..dan terus tak sempat untuk duduk berehat biler sampai rumah..rutin biasa la biler dah di rumah-sapu sampah,buang sampah,jemur kain yg di basuh pagi (petang baru jemur weh),basuh kain,masak mkn malam,mandikan anak2,layan anak2 lagi biler dah balik umah yg itu nak air,yg ini nak susu, pastu nak popok, pastu yg ini ngadu abang buat -nangis...tak lama yg itu plak ngandu adik buat- nangisss jugak...hmmm upss dah melalut nak citer pasal kuah kacang sebenarnya - kena buat kuah kacang sebab saya ditugaskan membuatnya sempena majlis perpisahan 2 org pegawai di sini..saya sebenarnya hendak menempah sahaja malangnya kak nor ku sayang ittew bercuti balik kg huhuhu, saya terpaksa la buat..saya tak tau nak tempah di mana lagi di putrajaya ni..malam tadi saya hanya mampu utk sediakan bahan2 untuk membuat kuah kacang sahaja, kunci jamnya pukul 5.00 pagi kunun tapi mata tak leh bukak 5.45 jugak yang baru boleh bukak mata..jadi jadual hari ni sedikit terganggu le jawabnya..anak2 tak sempat la hendak dimandikan p sekolah,6.45 pagi saya kejutkan ammar dia cakap , "ammar nak tido umi...." slow je mata tak leh nak bukak...kuah kacang nya seperti kuah kacang la tapi sedap atau tidak tak tau le saya, saya rasa macam kuah kacang ler tadi hehehehe...

dan sekarang saya mengantuk banyak makan di majlis perpisahan tadi...

Tiada ulasan: