Rabu, 11 November 2009

Risau

Hati saya risau melihat Amir selsema dan batuk yang teruk. Malam tadi dia batuk teruk..kesian menengoknya..

Ammar pun sama selsema dan batuk juga tapi tidak la seteruk adiknya. Saya rasa amat kesian melihat 2 orang ni kena makan ubat tiap2 hari dalam keadaan terpaksa dan saya kena tunjuk garang supaya ubat di telan.

Saya cuba search petua-petua setakat ni saya berikhtiar dengan beri madu setiap pagi utk Amir dan Ammar serta campurkan minyak kelapa dara dalam susu diaorang.
Antara petua yang dapat saya cari :

1. SUP AYAM hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

2. MAKANAN PEDAS.Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

3. BAWANG PUTIH.Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah.

4. AIR.Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. BUAH-BUAHAN SITRUS.Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya kamu merokok, kamu memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

6. SUMBER VITAMIN C.Selain buah-buahan sitrus, kamu juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

7. HALIA.Air rebusan hali bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk

Tiada ulasan: