Rabu, 2 September 2009

Tidak ada tajuk khusus

Sajer nak bercerita...
Selamat Menyambut Hari Merdeka kali ke-52...bila difikirkan semula kata hubby betul jugak semangat untuk meraikan hari merdeka dah tak sama macam semasa pemerintahan Mahathir dan PM yang sebelumnya ..(upssss ini cuma pendapat ,jangan ada yang mareee)..kalau dulu semangat tu berkobar2,boleh bangun pagi2 tercongok depan tv nak tgk acara sambutan ataupun menyertai perbarisan sekali..seingat saya sekali saya pernah menyertai perbarisan hari kemerdekaan semasa dalam pasukan wataniah dulu...masih ada gambar2 dalam simpanan..hehehe maznah dan fatihah don't forget that time okays..jadi gelapss dan kelabusss muka masing2..adik bongsu saya pun baru ni ada bercakap hari merdeka pun nak kecoh2 beria2 buat apa (pasal abah saya suruh cari bendera yang telah di beli..hehehe..bengang la tu) jadi saya menyampuk la..hai mestilah hari merdeka negara kita dari penjajah,kalau kiter di jajah lagi ha baru ko tau!dia pun menjawab ala duduk diam2 kat umoh dah lerrr...ada ke?itu la generasi baru ni dah makin kureng kesadaran dan kejiwaan tentang Hari Kemerdekaan Negara Malaysia-sedarlah dik..
Citer lain plak..
Salah satu kebahgiaan bile menjalani ibadah puasa adalah bila berada di bawah ketiak mak..hehehe..rindunya..seingat saya habis je SPM saya dah tak dapat menjalani ibadah ni full time di bawah ketiak mak,sampai sekarang biler dah berkeluarga "di bawah ketiak org lain plak" lagi ler..huhuhuhu..so cuti hari merdeka baru ni kami ambil peluang balik berbuka dan semestinya kena adil lerr..sabtu seawal 4 pagi hubby dah kejut suruh bersiap2,kemas utk balik coz plan dia selepas solat subuh dah nak bertolak..2 hero tu mamai2 lagi masuk kereta jam 6.00+ pagi..dan of course lewww kena ke Temerloh dulu..kami bebuka dan bersahur di temerloh..sebelum balik hubby ada cakap mak kata dia nak masak ikan patin pais tempoyak ada menantu nak makan (saya la tuhh ekkeke)..siap perli2 lagi hubby dengki la tu..dia pun nak request gak kuih talam dia tu tapi kiter dah mendahului nya..:-P ..balik kg MIL demam rupanya tapi masih menunaikan permintaan,dan kerana naluri ibu juga sememangnya kuat dgn anaknya,dia buat kuih talam hubby tu tanpa perlu hubby request pun..alhamdullilah..
Keesokkan paginya pulak hari ahad, kami balik ke Pekan plak seawal 7.15 pagi yey! di Pekan meriah sket pasal along sekeluarga,husna,nurul dan ikhwan..walpun tak semua dapat berkumpul at least separuh pun jadi la..sedih nya bile mak saya complaint balik kejap2 katanya mcm pacat...macam mana cucu nak ingat kat tok..balik je jumpa tok nangis hihi-si amir la tu,pantang tok tgk sket nangis..ammar dah ingat ini rumah tok,sampai2 je dah tanya bola ammar aner? (ingat dia ada simpan bola kat umah tok)...meriahnya berbuka puasa di umah tok ni, ada laksam,kari ikan,sotong celup tepung,sayur,puding karamel,murtabak,pulut panggang (ini mesti),lompat tikam (hubby punya kesukaan ni) dan ayam golek requested from ikhwan..tak termakan..
Isnin pagi kami bertolak balik ke putrajya sudahhhh...singgah di temerloh sekejap, hantar ikhwan balik ke asrama dalam jam 3 ptg baru ke putrajaya..jalan jam giler...hubby cakap dari KM33 hingga ke tol gombak jam (saya tak reti bab2 KM ni) ..hampr waktu berbuka baru sampai rumah...
balik rumah sangat keletihan...

Tiada ulasan: