Isnin, 7 September 2009

Setahun

Hari ini Amir genap setahun,cepat masa berlalu...dah setahun anak ku ittew tapi masih belum pandai berjalan lagi..huhuhu
Pejam celik pejam celik hari ini sudah 17 Ramadhan...terasa sekejap je berpuasa..bagi kaum wanita tolak cuti umum..rasa alahai sekejapnya..alhamdullilah Ammar dan Amir sudah ada baju raya,kalau org duduk di putrajya beli baju di kl atau mana2 yg terdekat disekitar sini tapi kami balik kampung mecari baju anak..alasannya hubby tak mau menempuh jam!so Anakku Temerloh jugak la yg kaya!hehehe..baju raya ku belum beli lagi,kalau ada rezeki ada la baju raya kalau tidak pakai saja baju kerja yang paling di kira terbaru...aritu ada kawan di opis menjual baju,tapi sampai sekarang saiz yang saya tempah belum sampai di tangan..ada jugak bertanya katanya hari ini tapi sampai jam 5.30 petang tadi belum ada sampai..untuk berjalan2 mencari2 baju raya tak tau la berkesempatan atau tidak,dengan anak kecil dan hubby yang sentiasa sibuk itu..ada juga menjenguk2 baju di alamanda semasa nak poskan tempahan brooch pelanggan (tqvm la kerana membeli) tapi alahai mahainya harga, rm200 ke atas..tidak mampu rasanya nak memiliki baju semahal itu,byk lagi komitmen lain yang perlu dilunaskan..seperti kata bos petang tadi,kena pandai jimat la dalam keadaan sekarang,tapi saya jawab jimat tu jimat juga tapi kalau semua barang sudah mahal..duit mengalir macam air pasang ...dia pun ada menyelitkan ceriter kos hidupnya walaupun sudah berpangkat 54 itu, anak nya di universiti hanya dapat rm6000 untuk 3 thn pengajian..alasannya kerana ayahnya bekerja dan berpangkat..tapi isteri nya suri rumah sepenuh masa,jadi dia perlu berbelanja rm600 sebulan untuk duit poket anak di universiti,anak yang belajar masih ada 3 orang..pastu disusuli jugak dgn cerita kawannya JUSA tapi anak 9 orang,wife suri rumah sepenuh masa,anak tak dapat pinjaman pendidikan memandangkan ayahnya sudah berpangkat..apa sudah jadi yer? komen lebih2 di sini nanti ada yang terasa pula tapi itu la hakikatnya, yang perlu difikirkan apakah patut atau tidak ..sendiri mau ingat ler..saya cuma mahu menjadikan pengajaran pada diri sendiri di kala anak saya Ammar-2 thn++ Amir-1 thn ..saya harus mula dari sekarang menyediakan simpanan untuk pembelajaran mereka dan alhamdullilah mereka ada takaful sarjana,sspn dan tabung haji..saya harus mendisplinkan diri mencarum tiap2 bulan walaupun jumlahnya tidak byk untuk mereka..sikit2 lama2 jadi bukit...
upss apa yang saya bebelkan ..sebenarnya citer asal saya nak bercerita tentang besday boy ittew dah melalut...

Tiada ulasan: