Khamis, 23 Julai 2009

Masalah sosial yang runcing

Wahhh saya kesibukan minggu ni...tak sempat nak update blog..tapi semalam semasa saya mengambil anak..pengasuh mereka bercerita dkt saya..
Ada 1 pasangan kena tangkap dekat rumah yang saya sewa dulu...rumah yang saya sewa dulu di tingkat 12 (sama dgn rumah pengasuh anak)..tapi rumah saya di hujung sekali (sebenarnya ex-rumah le)..alkisahnya,mungkin pasangan ini dah lama dipantau oleh penduduk flat tersebut..hari semalam mereka di serbu,anggapan mereka pasangan tersebut just duduk berdua2 an..berpeluk2 kan..tapi apa yang difikirkan sebenarnya lebih teruk dari apa yang dinampak..pasangan tersebut dalam keadaan mengaibkan..tidak berpakaian dan dalam keadaan yang sungguh memalukan sedang ghairah "membuat projek khas" di atas tangga dekat loteng atas rumah flat tu!!!bayangkan la kawasan nya bagaimana,kotor,belumut dan mungkin banyak binatang kecik2 di situ!!!!sudah ladi tangkap dalam keadaan mengaibkan, yang tukang tangkap hanya bagi si lelaki tutup kemaluannya dengan t-shirt, yang perempuan hanya memakai jaket..di bawa turun lif..sapa yang terserempak terkejut dan malu!!!!malangnya yang membuat maksiat langsung tidak malu!paling memalukan anak melayu-islam agamanya astaghfirullah..itula serba sedikit ceritanya,citer dari mulut ke mulut..kalau ada salah tu minta maaf la..
Tetapi apa yang hendak saya tekankan di sini, betapa gawatnya masalah sosial melanda umat islam di negara kita..negara yang majoriti penduduknya beragama Islam...apakah kita mahu negara kita di beri malapetaka yang dahsyat seperti yang berlau di Acheh..baru la kita mahu insaf?
Apabila bercerita mengenai kegawatan iman dan taqwa ini juga saya akan mengenangkan adik2 saya (yang masih anak dara)..doa dan harapan serta nasihat saya jagalah tingkah laku, jaga iman, jaga maruah diri..jaga maruah keluarga..bercinta itu boleh tapi mestilah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan..kaum perempuan khususnya apabila berlaku perkara begini, perempuan la di pihak yang paling rugi sekali...ingat la wahai adik2 ku
Saya juga mengenangkan anak2 saya, walaupun masih kecil tapi dengan dunia sekarang..kegawatan akhlak nya subahanallah amat menakutkan..apatah lagi di era mereka nanti?apabila mereka dewasa saya dan hubby amat mengharapkan mereka menjadi anak yang soleh..yang menjaga iman,taqwa dan berakhlak mulia..Amin..saya dan hubby juga berharap,berusaha dan berdoa agar kami mampu menjadi ibubapa yang terbaik dalam mendidik anak2,menjadi contoh yang terbaik buat anak2 agar perkara2 yang mungkar ini tidak berlaku.."pendidikan yang terbaik itu bermula dari rumah"
"Iman tak dapat di jual beli, ia tiada di persisiran pantai..ia tak dapat di warisi oleh ayah yang bertaqwa"
Mari kita renungkan ...:)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya drpd crita..tu mmg benar, kalau sy yg berada di institusi pendidikan ni setuju sgt dgn kata2..segalanya bermula dr rumah..kita lah sbg ibu bapa sbg org pertama membentuk dan memberi cth terbaik ut anak2...jgn harapkan org luar atau cikgu di sekolah untuk membentuk anak2 kita walau pun guru mmg ramai yg membimbing anak kita tp peranan kita lbh besar dalam menjadikan anak2 kita 'siapa' mereka suatu hari nanti