Rabu, 3 Jun 2009

Takdir Penentu Segala

Hari Ahad lepas hajat di hati aku hendak pergi ke rumah bos di rawang,kahwin anak dia nak berkonvoi bersama wandcni dan nazrul..tapi itu la manusia hanya mampu merancang tapi Allah menentukan..hari jumaat semasa ambil anak di rumah pengasuh,tergerak di hati aku nak menjemput sekali lagi pengasuh ke kenduri kawin adik ku -husna rupa2nya pengasuh dah salah faham..aku memang ada cakap dulu adik aku nak kawin 1st cuti sekolah..pengasuh dah buat kefahaman sendiri yang aku akan bercuti minggu pertama tu (tak ada plak dia confirmkan dgn aku dia nak bercuti)..jadi dia pun dah plan nak bercuti dah siap booking flight dan hotel nak ke pangkor dgn anak2nya...haiiiii gelabah la makcik..nasib baik tuhan gerakkan hati aku nak menjemput sekali lagi byangkan la aku p hantar hari Isnin tu ketuk2 rumah,dia tak ada..hai bersabarlah wahai hati!tanya pengasuh kawan2 seme nya tak sanggup jaga bdk 2 orang ni..jadi aku pun call kampung..mak aku suruh bawak balik je budak 2 orang tu..tinggal di kampung tanpa kami 4 hari je,dari isnin hingga khamis sebab jumaat aku akan balik ke kampung untuk majlis akikah dan kenduri kahwin husna (7/6), ini lah takdirnya plan asal nak ke rumah bos jadi terpaksa batal ..hari sabtu malam kami dah bertolak ke kampung...rasa terkilan juga di hati tak dapat pergi rumah bos,sebab plan nya awal dan hubby pun sanggup bercuti hari itu tapi apalah daya kita sebagai manusia..

Di kampung kami di uji lagi...ammar dijangkiti demam buah!..memang hari sabtu siang tu ada gelembung air di ibu jari tangan dan belakangnya ..aku sangkakan terkena gigit semut..dan sememangnya dia nampak lemah je tidonya lama sekali,aku sangkakan badan lemah pasal dia tak mau makan nasi goreng yang aku buat..jadi aku pun buat cekodok juga ammar tak mau makan, makan biskut je 3 keping..malam sabtu tu badannya dah terlalu panas, mak mentua pun cakap ini nak kena demam buah ni..doktor pun suspek demam buah@cacar@penyakit tangan,kaki dan mulut (dr muda lagi kurang pengalaman kot)..aku berdoa minta2 bukan penyakit tangan,kaki dan mulut biarla demam buah ..dan memang betul demam buah..takdirnya tujuan aku balik ke kampung untuk hantar anak2 tetapi dengan aku sekali kena stay di kampung menjaga anak sakit..jadi cuti ku kali ni panjang la selama 10 hari.. doaku agar Ammar sembuh dan tidak berjangkit ke Amir atau sesiapa sahaja dalam rumah ni..

Itu la bila difikirkan kita manusia ni lemah,mampu merancang tetapi Allah jualah penentu segala..

Tiada ulasan: