Sabtu, 6 Jun 2009

Kenduri@6 Jun 2009

Apa yang penting?KEERJAAASAAAMAAAA!!!!!memang betul tanpa kerjasama dari saudara mara kenduri kendara akan jadi sangat rumit..alhamdullilah persiapan kenduri mak ndak husna setakat hari ini berjalan lancar.

Pagi tadi seekor lembu untuk akikah sudah disembelih..pelamin,bilik tidur pengantin pun sudah get ready..agendanya malam ini ada majlis solat hajat,tahlil dan majlis akikah..kiranya malam ini makan daging akikah dan juga tulang2 kerbau. Adat orang pekan ni, malam sebelum kenduri besar ada makan masak kicap tulang kerbau/lembu dan perut..makan malam ini lagi special sebenarnya..aku sendiri tak sabau nak makan untuk malam ni, dah lama tak makan menu ni!biasa sedara mara dekat akan terasa hati banget kalau tak dijemput untuk makan malam ini.Pada hari akad nikah nya pulak akan makan opor (ini special hidangan org pekan), kurma', acar dll macam kenduri di tempat lain jugak kot.

Kalau diikutkan hari ni paling sibuk sebenarnya,tapi aku sibuk melayan kerenah anak lebihhh dari sibuk tolong buat kerja nak kenduri..biasala si ammar dgn tangkap lelehnya dan amir pun sama juga tak selesa dengan cuaca yang panas agaknya...di saat diaorang berdua tidur la baru aku bergegas tolong apa yang boleh di tolong setakat yang mampu..malam ni perancangannya nak siapkan hidangan makan pengantin..apa yang boleh disiapkan malam ini dbuat dulu supaya esok tidak kelam kabut..harap2 plan menu aku dan along ni menjadi dan sedap untuk di makan..amin..

Malam ini juga katanya mak ndak husna nak naik pelamin sorang2 mengayakan 2 pasang baju..hehehehe apa2 je la pengantin

APA ang penting?kerjasamaaaaaaaaaaaaa..kami tak besar dan kami tak kuat bler berkerjasama semua jadi mudahhhhhhhhhh..ekekekkeke

citer je dulu nanti kiter masukkan gambau..malas nak transfer dari kamera.

Tiada ulasan: