Jumaat, 5 Jun 2009

Ammar@demam buah III

Chicken pox si ammar sudah tumbuh di dalam mata .. semalam matanya dah bengkak sedikit ,merah dan sangat banyak taik matanya..malam tadi juga aku bawak dia ke klinik, dr kata itu biasa campak boleh tumbuh di mana2 dalam tekak dalam telinga dalam mata tapi jangan risau tiada efek katanya..so dr bagi ubat titis tapi haii seksanya nak menitikkan ubat di dalam mata si ammar nangis macam kena dera..demam nya pun kejap kebah kejap panas semula..itu pun dr kata normal (entah la)

Sekarang tangkap leleh nya menjadi2..kesian adiknya si amir..pantang aku lalu di depan matanya hulur tangan memanggil minta perhatian,aku asyik fokus pada Ammar sahaja..hai cepat la abi balik, umi dah ketensenan


sian ini budak iteww umi nya tak sempat melayan terpaksa la bermanja dengan sepupu2 nya kakak yana dan kakak sofiya..tapi time adik uk uk uk..mintak tolong buangkan pampers,sofiya cakap,"eeeeee uwekkkkkkkkkk!!!" hehehehe


Tiada ulasan: